Jumaat, 19 April 2013

DAYANGKU INTAN LAWAN AZALINA DI PENGERANG


PENGERANG - Bukan di Pontian, tetapi penyanyi popular era 80-an Dayangku Intan, disahkan menjadi calon di Parlimen Pengerang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengesahan itu dibuat Ketua Cabang PKR Pengerang, Mat Daud sekaligus, penyanyi dengan nama sebenarnya Dayangku Intan Tengku Abdul Hamid bakal bertemu dengan calon dari Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Azalina Othman Said.

Menurutnya, Dayangku Intan yang sudah mula menetap di Pengerang setelah menerima surat watikah pencalonan daripada pucuk kepimpinan bagi kerusi Parlimen Pengerang di Kuala Lumpur semalam.

Beliau berkata, pihaknya juga sudah melakukan kempen bersama-sama Dayangku Intan bagi memperkenalkan calon Parlimen itu kepada penduduk di sekitar Sungai Rengit.

“Dalam tempoh seminggu ini kita sudah giat bergerak mengedarkan risalah, dalam masa sama kita berkempen sekali untuk memperkenalkan Dayangku Intan kepada penduduk sekitar sini.

“Setakat ini penduduk sama ada Melayu ataupun Cina menerima baik kehadiran beliau, malah kita juga menerima respons yang positif daripada masyarakat setempat.

“Malah bagi memperkenalkan lagi beliau kepada penduduk, kita juga telah menggunakan poster gambar beliau yang ditampal pada kenderaan bagi berkempen,” katanya kepada Sinar Harian.

Difahamkan Dayangku Intan juga telah mula menetap di sebuah chalet di Pengerang sejak 14 April lalu.

Ketika mengulas mengenai calon bagi kerusi Dun Tanjung Surat, Mat Daud berkata, hingga kini masih belum ada nama rasmi yang dipilih oleh pihak kepimpinan.

Bagaimanapun katanya, Ketua Ranting PKR Sungai Rengit, Hasnul Ahmad adalah antara nama yang dikhabarkan akan bertanding bagi kerusi tersebut.

“Kita berharap pada kali ini kita dapat mengubah kepada sebuah kerajaan yang baru,” katanya. - SH

Khamis, 18 April 2013

SAKSI VIDEO LUCAH DARI NEGARA JIRAN AKAN DIBAWA KE PERMATANG PAUH!


Kenyataan Media

17 April 2012

SAKSI VIDEO LUCAH FITNAH AKAN DIDATANGKAN KHAS DARI NEGARA JIRAN

Regim makin tertekan dengan kesedaran kebangkitan rakyat. Pasca pilihanraya 2008, Pakatan Rakyat berjaya membawa pertembungan politik dalam negara kepada politik baru, politik ke arah perdebatan polisi dan tawaran. Namun regim terus tenggelam dalam politik kebencian, fitnah dan serangan peribadi. Politik video lucah dijaja bagi mengaibkan dan merosakkan minda rakyat.

Bukan seorang pemimpin musuh regim di fitnah menggunakan taktik ini terbaru ialah Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS.

Allah maha kaya, Dia yang mencipta masalah dan Dia juga yang memberikan penyelesaianya.
Hampir sebulan lepas kami telah dihubungi oleh orang hubungan di negara jiran memaklumkan bahawa siasatan rasmi telah dilakukan dan beberapa penemuan mengejutkan telah diperolehi. Simpati apabila melihat betapa fitnah amat jijik dikenakan terhadap pimpinan Pakatan Rakyat maka saksi penting dari negara jiran itu setuju datang secara sukarela menerangkan hasil siasatan yang menggemparkan.

Seluruh rakyat Malaysia dijemput untuk

SOLAT HAJAT DAN PEMBONGKARAN FITNAH VIDEO LUCAH
Tarikh   :               19 April 2013
Masa     :               8.00 malam
Tempat  :               Pusat Pengajian An Nahdhoh, Kubang Semang, Permatang Pauh

Acara akan dimulakan dengan solat hajat dan solat Isya’ berjemaah yang akan di imamkan oleh Ust. Mutalib (An Nahdhoh) kemudian dikuti ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas itu penerangan oleh che’GuBard (individu yang dijemput menonton video oleh ‘Datuk T’). Kemuncaknya ialah penerangan saksi dari luar negara sebelum penerangan oleh Hishamuddin Rais (graduan perfileman) dan rumusan oleh Datuk Johari Abdul.

Semua dijemput datang awal dengan membawa sejadah sendiri. Hadirlah beramai – ramai menyaksikan pembongkaran fitnah jijik dan bersama untuk mengakhirkan politik kotor ke arah menjadikan PRU ini bermakna dengan meletakkan politik baru yang berasaskan politik nilai dilandasanya.

Program ini anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia dan Briget Keselamatan Permatang Pauh dengan kerjasama Pakatan Rakyat.

Sekian untuk makluman.

che’GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Khamis, 4 April 2013

SAH AISHAH "JANJI MANISMU" CALON PAS DI JEMPOL


Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu hari ini mengumumkan penyanyi terkenal tanahair, Aishah sebagai calon bertanding kerusi Parlimen Jempol.

Beliau mengumumkan perkara tersebut pada ceramah 'Amanat Penting PRU13 - Tips Pilihanraya Turun Padang' anjuran PAS Bukit Bintang di Markas PAS Taman Melewar, malam tadi.

Bagaimanapun Aishah yang ditemui selepas pengumuman tersebut berkata beliau masih belum bersedia untuk bertanding pada pilihan raya kali ini. "Berderau darah saya."

Tetapi ini keputusan PAS Pusat. Walaupun ikut kata hati saya, tunggulah sepenggal dua lagi (untuk bertanding)," katanya.

Ditanya berkenaan karier nyanyiannya, Aishah menambah, beliau tetap akan meneruskan kerjaya yang sudah menjadi darah dagingnya sejak 25 tahun lalu.

"Sekarang pun walau sibuk berceramah saya tetap menerima undangan nyanyian yang sudah 25 tahun sebati dengan diri saya," katanya.

Aishah adalah artis pertama dari Pakatan yang diumumkan sebagai calon untuk bertanding pada PRU13. Antara artis lain yang menyertai Pakatan adalah Bob Lokman, Hairie Othman, Abby Abadi , Yassin dan ramai lagi.

DI MANA FIB AKAN BERTANDING PRU-13 INI?


Amat menarik sekali untuk kita menunggu hari penamaan calon PRU-13 nanti, untuk mengetahui di mana para "pelompat" ini akan berkelana untuk menyambung hayat politik masing-masing!

Rabu, 3 April 2013

SAMY VELLU TURUT "JUAL DIRI" SEMPENA PEMBUBARAN PARLIMEN

Petikan dari Malaysiakini:

Calon boleh menang?

Bekas presiden MIC Tan Sri S Samy Vellu mengumumkan bahawa beliau seorang "calon boleh menang" sekiranya diletakkan sebagai calon untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-13.
"Persoalan mengenai 'calon boleh menang' – Sayalah calon yang boleh menang, tiada sangsi lagi," kata Samy Vellu, yang tewas di kawasan parlimen Sungai Siput dalam pilihan raya 2008.

Samy Vellu dalam sidang medianya hari ini berkata beliau sedia menjadi calon sekiranya pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak memutuskan bahawa beliau merupakan calon yang layak untuk mewakili parti itu.

Beliau bagaimanapun tidak memberikan jawapan yang jelas sama ada presiden MIC Datuk Seri G Palanivel dan pemimpin parti lain patut bertanding di kerusi selamat.

"Di negara ini, tiada kerusi yang selamat sekarang. Anda perlu berkorban untuk bertarung di kesemua kerusi.

"Jika ada orang yang mahukan kerusi selamat, cara paling selamat adalah dengan tidak bertanding," katanya.


Catatan Papablues:

Ini worang tarak cermin dia punya mukalah.......

PENGGALI KUBUR BAKAL KUBURKAN UMNO-BN!


NASIR BILAL KHAN YANG TERKENAL DENGAN WATAK PENGGALI KUBUR KELIHATAN MULAI MUNCUL DI PROGRAM ANJURAN PAKATAN RAKYAT. WALAUPUN TIDAK MENGESAHKAN SECARA RASMI MENYOKONG MANA-MANA PARTI DI BAWAH NAUNGAN PR, NAMUN KEBERANIAN BELIAU MENUNJUKKAN MUKA SAJA SUDAH CUKUP MENGGAMBARKAN KECENDERUNGAN BELIAU.

MOGA BELIAU AKAN TURUT SAMA AKTIF BERSAMA RAKAN-RAKAN ARTIS YANG LAIN DEMI MEMASTIKAN WATAK BELIAU SEBAGAI PENGGALI KUBUR DAPAT DITERUSKAN DENGAN MENGUBURKAN UMNO-BN DALAM PRU-13 YANG BAKAL MENJENGAH!

Selasa, 2 April 2013

YAZID SEJATI TURUT JOINT ARUS KEBANGKITAN RAKYAT?


Hari ini apabila aku terlihat sebuah poster "Malam Seni Untuk Perubahan Ke-2" yang bakal diadakan di Kampong Gajah Perak pada 5 April nanti, tercatat nama Yazid Sejati di samping nama-nama artis lain yang dijangka akan membuat persembahan pada malam tersebut.
YAZID, DUDUK PALING KANAN

Aku sebenarnya hampir melupai Yazid, setelah dia tidak lagi membat persembahan di sebuah kelab di Kompleks Pertama. Di zaman kemuncaknya beliau popular dengan lagu hitnya "Bila Bunga Dipetik Orang".

Tidak pula terdengar berita atau risik-risik yang menyatakan Yazid telah memasuki mana-mana parti di bawah PR, dan tidak pernah pula aku terfikir yang dia juga berminat dengan politik dan menyertai arus kebangkitan rakyat yang mahu "UBAH".

Apapun, sekalung tahniah kepada Yazid Sejati yang turut bersama anak-anak seni lain untuk turut menyumbang demi melakar sejarah baru negara kita!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...