Isnin, 13 Mei 2013

AJO BMB PERLI SPR KE?

Malam tadi aku secara tak sengaja telah menonton rancangan TV3 "Bintang Mencari Bintang." Sebenarnya dah lama (sejak bilapun aku dah tak ingat!) aku boikot secara total dari menonton TV3, tak kira apa programpun.

Entah apa halnya aku boleh ter-tune ke channel 103 Astro, maka menontonlah aku akan stesen paling haprak di Malaysia. Aku menonton kerana agak terpikat dengan program BTB tersebut lebih-lebih lagi kerana adanya bintang kesayanganku, Ogy Ahmad Daud sebagai juri!

AJO DALAM SALAH SATU PERSEMBAHANNYA
Namun aku agak tersentak apabila tiba kepada persembahan AJO dengan artis jemputa Farah Fauzana. AJO adalah peserta yang diasuh oleh Faizal Ismail, Hot FM, sebagaimana juga Farah Fauzana. Persembahan mereka berdua cukup hebat, bertenaga dan amat menyegarkan. Persembahan ala-ala Bollywood memang taste aku, walaupun aku berjiwa bluessssss......

Yang aku ingin perkatakan bukanlah tentang persembahan ala Bollywood tersebut, tetapi adalah konten sketsa yang mereka berdua persembahkan. Ajo walaupun melakonkan watak Ramu, tetapi lebih mirip kepada watak seorang Bangla! Antara dialog mereka adalah berkaitan dua-dua mereka ada IC! Dan lebih terkesima lagi, mereka juga memperkatakan tentang DAKWAT KEKAL!

Ha! Ha! Ha!......PERLI SPR KE AJO DAN FARAH!!!!!!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...