Memaparkan catatan dengan label kematian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kematian. Papar semua catatan

Khamis, 3 Mei 2012

AL-FATIHAH .... PELAWAK BOB KUMAN KEMBALI KERAHMATULLAH


Berita yang baru diterima, artis komedi Bob Kuman telah kembali kerahmatullah pada pukul 4.38 petang tadi. Al-fatihah ....

Isnin, 5 April 2010

Coretan Aznil Hj Nawawi Mengenai Din Beramboi

Hari ini adalah hari yang paling dinantikan oleh Allahyarham Meor Ahmad Fuad Meor Badri aka Din Beramboi. Malam ini bakal berlansung Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009. Paknil dapat lihat keterujaan Din Beramboi sejak namanya melekat sebagai finalis bagi kategori Penyampai Radio Lelaki Popular.

Din kata:“Aku nak rasa macam mana engkau rasa Nil selama ini duduk bersama calon-calon lain dekat tempat duduk orang top-top”
Alahai, sebak Paknil bila teringatkan impian Din. Masa Din berlawak waktu commercial break tahun lalu Paknil sedih sangat sebab dia jadi penghibur tatkala siaran langsung berihat untuk iklan. Paknil cakap dengan dia, “Cukup-cukuplah buat keje tu Din. Tahun depan aku nak kau pulak tengok orang lain buat keje tu”
Betul pun. Termakbul doa kami apabila Din tersenarai bersama Paknil, AG, Kieran dan Faizal.
Tapi malam ini dia tengok dari jauh rupanya.

Din kata:“Aku nak pakai baju ala-ala konvokesyen malam tu nanti. Aku pedulik haper! Yang penting aku nak orang jerit kat aku masa red karpet”
Memang Paknil nantikan saat ini sebab Paknil percaya si Din ni akan buat apa sahaja untuk kasi orang ketawa dan terhibur. Dia pernah buat persembahan kat Melaka masa Jelajah Era buat perkara yang sehingga seluruh penonton dan kami ternganga dan ketawa tak hengat. Rupanya dia dah pakat dengan Shuib Sepah untuk menarik seluar pakaian cinanya ketika kitorang buat catwalk pakaian terbaik. Dia sanggup malukan dirinya yang kelihatan seolah terkejut bila seluarnya dilondehkan dan hanya tinggal seluar pendek di dalam.
Sampai macam tu dia nak buat orang ketawa.

Din kata:“Kalau kau menang Nil, aku nak naik pentas jugak. Masa kau bagi ucapan, aku pose sebelah kau sebab nak tunggu giliran aku entah bila”
Alahai Din. Kenapa kau tinggalkan aku kata-kata yang boleh buat aku tersentak macam ni? Kau tahu tak Din yang aku tak fikir langsung nak menang dah sekarang ni. Aku cuma teruja nak tengok perangai engkau aje. Paknil dah boleh bayangkan keriuhan dia yang boleh buat lawak sengal dia sorang-sorang ketika majlis.
Dia seronok tengok calon-calon gila-gila lain terlibat sama sebagai finalis seperti Didie Alias dan Enot sebab Paknil dah jangka mesti ada sesuatu dia akan bawak pakat dengan diorang malam itu nanti.
Dalam keriuhan tepuk sorak malam ini, Paknil akan rasa sunyi.

Din kata:“Aku malam ABP nanti akan ikut bontot kau kemana kau pegi orang mesti ambik gambar kau untuk suratkhabar. Ada aku kesah!”
Pening jugak layan si Din yang main redah aje ni. Tak akan ada siapa yang boleh marah dengan tindakan dia sebab semua sudah akur dengan sikap ‘belasah aje’ dia tu! Semua orang seolah menunggu Din buat sesuatu yang ‘luarbiasa’ sebab kalau dia bersikap seperti orang lain, maka itu bukan Din Beramboi dan mungkin ramai yang rasa pelik.
Sekarang Din tak payah ikut 'bontot' Paknil sebab mana Paknil pergi pun ada dia dalam hati Paknil.

Kini semua tinggal kenangan.Paknil boleh bayangkan aje benda yang dia cakapkan itu pada ketika berlangsungnya ABP malam nanti. Jika ada di antara kawan arwah yang tidak mahu menyertai ABP malam ini sebab hormatkan arwah, itu hak mereka. Paknil tetap akan pergi, InsyaAllah. Menang atau kalah. Kali ini Paknil pergi pun sebab dia. Paknil nak bawa bersama Paknil semangat Din Beramboi. Paknil nak orang semua rasa kehadirannya di situ malam ini walaupun Din sudah tiada.
InsyaAllah Paknil akan bawa anak sulong Din bersama Paknil malam ini. Paknil nak dia tahu yang Papa dia teringin sangat berada di situ malam ini dan menghargai kerja Papa dia selama ini. Paknil nak dia tahu jugak yang Papa dia sebenarnya disayangi jutaan peminat dan kerja gila Papa dia terbayar malam ini.
Buat Din, “Aku rindu kat kau, rindu sangat”. Al-Fatihah.

Khamis, 18 Februari 2010

Ahmadi Hassan @ Pak Chat Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR 17 Feb [11.32 pm] - Penyanyi nasyid era 70-an Ahmadi Hassan (foto)meninggal dunia dalam usianya 63 tahun diHospital Pakar Al-Islam Kampung Baru di sini kira-kira pukul 6 petang ini akibat penyakit buah pinggang. Beliau dilahirkan pada 6 Oktober 1947 dan berasal dari Padang Menora, Jarak, Seberang Perai. Jenazahnya kini berada di rumahnya Lot 45733, Lorong 1, Kampung Merbau Sempak, 47000 Sungai Buloh Selangor. Pengkebumian akan dibuat pada hari esok. Allahyarham adalah Seorang pelakon teater dan penulis di zaman mudanya. Kemudian merantau ke Kuala Lumpur untuk mencuba nasib mencari rezeki, akhirnya dengan bantuan seorang sahabat dari Bukit Mertajam yang mula bertugas di bidang penyiaran, Ahmadi telah berjaya diterima bekerja di RTM (Ketika itu di Bahagian Pembangunan Radio Malaysia) di Angkasapuri Kuala Lumpur. Watak "Pak Chat" dalam siri drama yang paling popular ketika itu "Fajar Di Bumi Permata" telah menaikkan nama Ahmad Hj. Hassan. Beliau mula berjinak-jinak menyanyi terutamanya lagu-lagu hindustan dan pernah muncul dalam rancangan radio siaran Tamil iaitu "alapaddam" dan lain-lain lagi. Penglibatan beliau sebagai penyanyi bermula dalam tahun 1973, apabila dilamar oleh Allahyarham M. Shariff untuk merakamkan album, kerana meminati lakonannya di radio ketika itu. AL-FATIHAH ...

Khamis, 21 Januari 2010

AL-FATIHAH DR ANUAR NOR ARAI

Pengkaji dan pensyarah filem terkenal, Dr Anuar Nor Arai, meninggal dunia akibat serangan jantung di Pusat Perubatan Selangor, di sini, petang tadi.

Beliau yang berusia 66 tahun menghembuskan nafas terakhir di sisi isterinya, Zaharah Ibrahim serta dua anak perempuan dan menantunya kira-kira jam 5.20 petang.

Jenazahnya dibawa ke kediamannya di Seksyen 19, di sini dan dijangka dikebumikan selepas solat Zuhur di Tanah Perkuburan Seksyen 21, di sini, hari ini.

Rabu, 20 Januari 2010

Rabbani kabulkan hajat Ustaz Asri


Hanya tinggal kenangan... Rabbani ketika masih bersama Ustaz Asri.
SATU persatu hajat bekas vokalis Rabbani, Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim yang belum terkabul akan dipenuhi oleh anggota Rabbani yang lain.
Dalam banyak-banyak hajat insan yang amat disenangi dan disayangi kerana sifat luhur budi pekerti baik dari segi percakapan dan perlakuannya itu, Allahyarham pernah berkongsi hajatnya untuk mengadakan Konsert Malam Sinar Maulidur Rasul 1431 Hijrahsecara terbuka dan percuma berbanding konsert itu dua tahun lalu.
Menurut salah seorang anggota Rabbani, Azadan Abd Aziz yang turut dikenali sebagai jurucakap kumpulan nasyid paling popular itu, mereka akan mengabulkan hajat Allahyarham itu dengan mengadakan konsert sempena sambutan Maulidur Rasul itu di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu pada 19 Februari ini, pukul 8 malam.
Konsert yang berkonsepkan perjuangan itu turut melibatkan penyanyi Jamal Abdillah, Aishah, Datuk Sharifah Aini, Yasin, Joe Flizzom, Akbar dan penceramah tersohor Datuk Ustazah Siti Nur Bahyah.
“Konsert anjuran Rabbani Productions (M) Sdn Bhd ini akan dipersembahkan kepada semua peminat secara percuma dan di kawasan terbuka dengan tajaan sepenuhnya oleh Telekom Malaysia Berhad (TM).
“Kami memilih untuk mengadakan konsert yang ketiga ini di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu kerana mahukan kelainan berbanding tahun lepas sekaligus menunaikan hasrat Ustaz Asri yang mahu membuat secara terbuka tanpa tiket.
“Ustaz Asri memang teruja untuk lakukan program berbentuk kebajikan. Semasa kami melakukan mesyuarat dengan TM iaitu sehari sebelum arwah meninggal dunia, arwah ada beritahu niat untuk berkongsi konsert kali ini dengan semua peminat dan pertama kali tanpa tiket.
“Pada mulanya kami ingat nak jelajah satu Malaysia tapi bila fikir-fikir, bajet kami hanya mampu tampung satu konsert dalam setahun,” katanya yang turut menggalas tugas sebagai Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat & Pembangunan Perniagaan dalam Rabbani Productions.
Kata Azadan, antara hajat Ustaz Asri yang lain yang telah tercapai adalah mengerjakan umrah bersama-sama isterinya, Haliza pada bulan Jun tahun lalu.
Selain itu, Azadan berkata Ustaz Asri pernah berpesan, ‘Semasa bulan Ramadan tahun 2007, dia pernah beritahu di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, pentas ini (di Hotel Singgahsana) adalah gelanggang Rabbani walaupun tanpa dia.’
“Saya beritahu arwah yang kami malu untuk berada di pentas tanpanya kerana selama ini dialah tunjang Rabbani,” tutur Azadan lagi.
Azadan turut merungkaikan tentang satu kiriman pesanan ringkas (SMS) yang diberikan oleh Ustaz Asri kepada seorang promoter untuk konsert Malam Imbauan Rasul di Tawau, Sabah yang berlangsung pada 25 Oktober lalu.
SMS itu seolah-olah memberitahu niatnya untuk meminta Zulkiflee Azman atau Zul untuk mengganti tempatnya sebagai vokalis.
“Selepas arwah meninggal, promoter itu menghantar semula SMS yang dihantar oleh Ustaz Asri yang berbunyi ‘kalau ana tak ada, tak apa sebab Zul boleh nyanyi’,” beritahu Azadan sambil mengakui berasa seram bulu romanya apabila mengingat semula pesanan arwah itu.
Sejak 20 Ogos lalu, Zul secara rasminya telah menggantikan Ustaz Asri sebagai vokalis kumpulan yang terkenal dengan lagu Pergi Tak Kembali dan Intifada itu dengan melakukan persembahan sempenaPerasmian Bazar Ramadan Peringkat Kebangsaan di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
“Zul memang layak jadi penyanyi utama dan kami tidak merancang untuk mencari penyanyi lain kerana Zul boleh sandang tugas Ustaz Asri.
“Kami dah lama bersama, jadi agak sukar untuk mencari pengganti yang baru dan meneruskan dengan apa yang ada.
“Kami akui Zul agak pemalu untuk bercakap di atas pentas kerana dia perlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan peminat,” tambah Azadan.
Katanya lagi, walaupun Ustaz Asri telah pergi, semangat lelaki yang dianggap seperti bapa dan abang dalam kumpulan itu tetap akan diteruskan dalam perjuangan mereka.
“Jika Zul menggalas tugas sebagai penyanyi utama, Asri Ubaidillah pula ditugaskan untuk membaca doa. Jadi, kami tahu tugas masing-masing.
“Arwah juga pernah berpesan agar kami pandai-pandai mengemaskini jadual kerja tanpa bergantung dengannya..cuma kami yang tak perasan.
“Jadi, setiap kali rakaman lagu, kami akan mensedekahkan surah Al-Fatihah kepada arwah. Pernah sekali berlaku semasa kami hendak merakamkan lagu Kejora Sinar Zaman yang ditujukan khas kepada arwah, secara tiba-tiba kami teringatkan arwah sehingga tidak tahu hendak berbuat apa-apa.
“Kami terus membuat keputusan untuk pergi ke kubur arwah dan membacakan Surah Yasin,” beritahu Azadan dalam majlis yang turut melancarkan album terbaru mereka iaitu Mahabbah (kasih sayang).
Album yang ditaja sepenuhnya oleh PRM Global Vision Sdn Bhd itu sudah berada di pasaran sejak 18 Disember lalu dengan memuatkan lagu-lagu seperti Mahabbah, Kejora Sinar Zaman, Syahadah, Nurul Iman, Bicara Hijrah, Ya Man Satufariq (dalam bahasa Arab), Tanpa AgamaInikah Petanda (nyanyian Ustaz Asri dan Mawi). termasuk
Jelas Azadan, kelainan dalam album ini adalah vokal Zul yang lebihuniversal berbanding vokal Ustaz Asri yang lebih kepada irama lagu Timur Tengah.
“Semua lagu dinyanyikan oleh Zul kerana kami mula merakam lagu-lagu itu pada awal November kecuali lagu Inikah Petanda dirakamkan pada dua tahun lalu.
“Antara cabaran yang sukar untuk kami harungi apabila arwah tiada apabila hendak meletak gambar untuk kulit album dan poster,” jelasnya lagi.

Jumaat, 14 Ogos 2009

Al-Fatihah....Ustaz Asri Rabbani Meninggal

PERGI TAK KEMBALI

Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Munsyid : Rabbani
Semuga roh Ustaz Asri di golongkan kepada orang orang beriman. Al Fatihah ...
"Hati yang baik akan berakhir dengan amalan yang baik lagi mulia. ... nanti ia akan meninggalkan kita."

Takziah kepada keluarga dan rakan rakan Allahyarham.

Jumaat, 7 Ogos 2009

WS Rendra Meninggal Dunia

Penyair terkemuka Indonesia WS Rendra, yang turut berpengaruh di Malaysia, meninggal dunia di sebuah hospital di Jakarta malam tadi setelah lebih sebulan dirawat kerana penyakit jantung.

Rendra, 74, yang juga dikenali 'Si Burung Merak' meninggal dunia pada 10.15 malam tadi dengan meninggalkan 11 orang anak daripada tiga isteri - dua daripadanya sudah diceraikan, lapor Bernama.

Setelah memeluk Islam pada Ogos 1970 ketika menikahi isteri keduanya Sitoresmi Prabuningrat, beliau menukar namanya menjadi Wahyu Sulaiman Rendra daripada nama asalnya Willibrodus Surendra Broto Renda.

Selain sajak-sajaknya, Rendra juga dikenali ramai di Malaysia melalui filem bertema agama yang dilakoninya Al Kautsar pada 1980-an.

Jenazah allahyarham dijadual dikebumikan selepas solat Jumaat di Bengkel Teater, Citayam, Depok dekat Jakarta, lapor agensi berita itu lagi.

Lokasi persemadian Rendra ini tidak jauh dari kubur sahabatnya Mbah Surip, penyanyi reggae yang mendadak popular di Indonesia dengan lagu "Tak Gendong" yang meninggal dunia Selasa lepas.

Rendra beberapa kali memperoleh anugerah dalam bidang sastera, antaranya Penghargaan Adam Malik pada 1989, SEA Write Award pada 1996 dan Penghargaan Achmad Bakri pada 2006.

Berikut catatan ringkas perjalanan hidup tokoh seniman ini seperti dimuatkan di Wikipedia:

Sebagai sasterawan

Bakat sastera Rendra sudah mulai terlihat ketika ia duduk di bangku sekolah. Saat itu beliau sudah mulai menunjukkan kemampuannya menulis puisi, cerita pendek dan drama untuk pelbagai kegiatan sekolahnya. 

Bukan hanya menulis, beliau juga boleh berlakon di pentas. Rendra mementaskan beberapa dramanya, terutamanya tampil sebagai pembaca puisi yang sangat berbakat.

Pertama kali menerbitkan puisinya di media massa pada 1952 melalui majalah Siasat. Setelah itu, puisi-puisinya terus muncul di majalah waktu itu seperti Kisah, Seni, Basis, Konfrontasi, dan Siasat Baru sehingga dua dekad selepas itu, tahun 1960-an dan tahun 1970-an.

Kaki Palsu adalah drama pertamanya, dipentaskan ketika ia di sekolah dan Orang-Orang di Tikungan Jalan pula drama pertamanya yang mendapat penghargaan dan hadiah pertama dari Kantor Wilayah Jabatan Pendidikan dan Kebudayaan, Yogyakarta. 

Penghargaan itu membuatnya sangat bersemangat untuk berkarya. 

Prof A Teeuw dalam bukunya Sastra Indonesia Modern II (1989), berpendapat bahawa dalam sejarah kesusasteraan Indonesia, Rendra tidak termasuk dalam salah satu angkatan atau kelompok seperti Angkatan 45, Angkatan 60-an, atau Angkatan 70-an. 

Daripada karya-karyanya, terlihat Rendra mempunyai keperibadian dan kebebasan tersendiri.

Karya-karyanya tidak hanya dikenali di republik itu tetapi juga di luar negeri. Banyak karyanya sudah diterjemahkan ke bahasa asing, antaranya bahasa Inggeris, Belanda, Jerman, Jepun dan India.

Beliau juga aktif mengikuti festival-festival di luar negeri, antaranya The Rotterdam International Poetry Festival (1971 dan 1979), The Valmiki International Poetry Festival, New Delhi (1985), Berliner Horizonte Festival, Berlin (1985), The First New York Festival Of the Arts (1988), Spoleto Festival, Melbourne, Vagarth World Poetry Festival, Bhopal (1989), World Poetry Festival, Kuala Lumpur (1992), dan Tokyo Festival (1995).

Pada 1961, sebaik sahaja pulang dari Amerika Syarikat, Rendra mendirikan kumpulan teater di Yogyakarta tetapi ia terhenti kerana kembali semula ke negara itu. Ketika pulang semula ke Indonesia (1968), budayawan itu membentuk kembali kumpulan dinamakan Bengkel Teater. 

Bengkel Teater sangat terkenal di Indonesia dan memberi suasana baru dalam kehidupan teater di tanah air dan menjadi pangkalan kegiatan keseniannya.

Kontroversi 'Si Burung Merak'

Pada usia 24 tahun, Rendra bertemu cinta pertamanya dengan Sunarti Suwandi. Daripada wanita itu yang dikahwininya pada 1959, beliau mendapat lima anak: Teddy Satya Nugraha, Andreas Wahyu Wahyana, Daniel Seta, Samuel Musa dan Klara Sinta.

Seorang muridnya Bendoro Raden Ayu Sitoresmi Prabuningrat, puteri berketurunan istana Yogyakarta yang bergiat aktif di Bengkel Teater. 

Tugas Jeng Sito, begitu panggilan Rendra kepadanya, pada awalnya antara lain menjaga empat anak Rendra-Sunarti tetapi kemudian bertukar cinta.

Ditemani Sunarti, Rendra melamar Sito untuk menjadi isteri kedua dan Sito menerimanya. Namun ayah wanita itu tidak mengizinkan anaknya, yang beragama Islam, berkahwin dengan seorang pemuda Katolik tetapi ia tidak menjadi halangan besar bagi Rendra.

Seniman itu mengucapkan dua kalimah syahadah pada hari perkawinannya dengan Sito, 12 Ogos 1970, dengan disaksikan dua lagi tokoh sastera republik itu penyair Taufiq Ismail dan pengkritik Ajip Rosidi.

Peristiwa itu mengundang reaksi sinis seperti Rendra masuk Islam hanya untuk berpoligami. 

Menjawabnya, Rendra beralasan bahawa beliau sudah lama tertarik pada Islam, terutama sejak persiapan pementasan Kasidah Barzanji, beberapa bulan sebelum pernikahannya dengan Sito.

Beliau juga menjawab dengan lebih tegas: bagi Rendra, Islam memuaskan persoalan pokok yang menghantuinya selama ini tentang kemerdekaan individu sepenuhnya.

"Saya bisa langsung beribadah kepada Allah tanpa memerlukan pertolongan orang lain. Sehingga saya merasa hak individu saya dihargai," katanya sambil mengutip ayat al-Quran, yang menyatakan bahawa Allah lebih dekat daripada urat leher seseorang.

Bergelut dengan kontroversi kehidupan poligaminya, suatu ketika sewaktu melihat seekor burung merak berjalan bersama dua betinanya di sebuah zoo Yogyakarta, Rendra berseru sambil tertawa terbahak-bahak dan dilaporkan berkata "itu Rendra! Itu Rendra!"

Sejak itu jolokan 'Si Burung Merak' melekat padanya hingga kini. Bersama Sitoresmi, beliau mendapat empat anak: Yonas Salya, Sarah Drupadi, Naomi Srikandi dan Rachel Saraswati.

Tetapi Si Burung Merak tidak puas dengan dua pasangan dan menyunting pula Ken Zuraida, isteri ketiga yang memberinya dua anak: Isaias Sadewa dan Maryam Supraba.

Tapi pernikahan itu mencetuskan pergolakan yang berakhir dengan tindakan Rendra menceraikan Sitoresmi pada 1979, dan Sunarti dua tahun kemudian.

Senarai karya Rendra termasuklah drama dan puisi:

Drama
Orang-orang di Tikungan Jalan (1954) 
Bip Bop Rambaterata (Teater Mini Kata) 
SEKDA (1977) 
Selamatan Anak Cucu Sulaiman
Mastodon dan Burung Kondor (1972) 
Hamlet (terjemahan karya William Shakespeare)
Macbeth (terjemahan karya William Shakespeare)
Oedipus Sang Raja (terjemahan karya Sophokles) 
Lisistrata (terjemahan) 
Odipus di Kolonus (terjemahan karya Sophokles), 
Antigone (terjemahan karya Sophokles), 
Kasidah Barzanji 
Perang Troya Tidak Akan Meletus (terjemahan karya Jean Giraudoux) Panembahan Reso (1986) 
Kisah Perjuangan Suku Naga 

Puisi
Balada Orang-Orang Tercinta (Kumpulan sajak) 
Bersatulah Pelacur-Pelacur Kota Jakarta 
Blues untuk Bonnie 
Empat Kumpulan Sajak 
Jangan Takut Ibu 
Mencari Bapak 
Nyanyian Angsa 
Pamphleten van een Dichter 
Perjuangan Suku Naga 
Pesan Pencopet kepada Pacarnya 
Potret Pembangunan Dalam Puisi 
Rendra: Ballads and Blues Poem (terjemahan) 
Rick dari Corona 
Rumpun Alang-alang 
Sajak Potret Keluarga 
Sajak Rajawali 
Sajak Seonggok Jagung 
Sajak Seorang Tua tentang Bandung Lautan Api 
State of Emergency 
Surat Cinta

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...