Jumaat, 14 Ogos 2009

Syabas Salleh Yaacob

Setiap pagi aku sering membuka siaran radio Sinar FM.....sebab apa? aku betul-betul terhibur dengar celoteh Kril, SY dan KE.....memang gamat dan gawat....kadang-kala aku ketawa sorang-sorang ketika memandu untuk ke pejabat. Pendek kata dapatlah juga menenangkan tekanan perasaaan dek kerana menempuh kesesakan jalan raya di pagi hari.

Apa yang ingin ku katakan adalah berkaitan dengan artis serba boleh Salleh Yaacob. Dari seorang peserta mencungkil bakat kelolaan sebuah stesen TV, beliau ke layar perak, kemudian menjadi seorang penyanyi......dan kini gah sebagai seorang DJ radio yang berjaya.

SY bukanlah seorang pelawak hebat yang boleh mengalahkan Badol dan R. Jaafar di era 80an, beliau juga bukan seorang pelakon handalan yang boleh mengatasi ND Lala pun....dan bukan juga seorang penyanyi sehebat sekadar Kaza sekalipun....namun kegigihan beliau sehingga terus popular di era tahun 2000 amatlah mengkagumkan.

Semua nama-nama hebat artis-artis tahun 1980an hampir kesemuanya telah pupus, namun Salleh Yaacob terus berdiri tegak dipersada dunia senia tanah air.

Syabas Salleh Yaacob.....dan juga tidak ketinggalan juga KE. Semoga terus bertahan!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...