Khamis, 12 Disember 2013

REBECCA DERMA SEMUA DUIT MENANG SAMAN ERMA FATIMA KEPADA MANGSA BANJIR

Rebecca Nur Al-Islam
Dengan khabarnya aktres Rebecca Nur Al-Islam akan mendermakan kesemua wang hasil kemenangan saman beliau terhadap aktres dan pengarah Erma Fatima kepada mangsa-mangsa kejadian banjir yang melanda Kuantan.

Sebelum ini timbul polemik apabila Erma telah membayar yang tersebut yang berjumlah RM11,200 dalam bentuk syiling 5 sen, namun telah dikembalikan oleh Rebecca. Kemudiannya Erma telah membayar pula dengan wang kertas RM1.00.

Menurut khabar yang diterima, kini Rebecca dalam perjalanan menyerahkan barang-barang keperluan asas yang dibeli dengan wang tersebut.

Apapun, semuga "buang yang keruh, ambillah yang jernih...."


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...