Jumaat, 15 Mac 2013

MAKAN RASUAH LEBIH TERUK DARI MAKAN BABI?

Dalam satu seminar yang aku hadiri berkaitan dengan rasuah, penceramahnya turut mengulas tentang satu "fatwa" yang kononnya diucapkan oelh Reduan Tee Abdullah bahawa "makan rasuah itu lebih teruk dari makan babi" kerana menurut beliau kalau makan babi orang yang berkenaan saja terlibat sedangkan kalau makan rasuah dia akan bagi anak bininya sekali makan!

Aku menyanggah tidak bersetuju dengan pendapat tersebut, tetapi bukanlah bermakna aku bersetuju dengan orang makan rasuah. Bagi aku, kalau bapa bagi anak bini makan dari pendapatan tidak halal, anak bini tak ada kena mengena, dan Allah pasti tidak akan menghukum orang yang tak bersalah. Dia tanya balik ada ke nas yang menyebut begitu, aku tergamam kerana memang akupun tak pasti cuma berhujah berdasarkan akal sahaja.

Alhamdulillah, hari ini mantan Mufti Perlis telah menjelaskan semuanya dalam sebuah artikel yang bertajuk "Bila Ceramah Motivasi Merepek" yang disiarkan dalam Malaysiakini. Rupanya memang ada panduan tentang perkara ini dalam Islam. Artikel tersebut adalah seperti DI SINI .


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...