Khamis, 28 Mac 2013

SUHAIMI BABA SALAHKAN PEMBANGKANG FILEM TANDA PUTERA TIDAK DAPAT DITAYANGKAN

Pengarah filem Tanda Putera, Suhaimi Baba mendakwa filemnya tidak dapat ditayangkan kepada umum adalah disebabkan oleh bantahan daripada pemimpin pembangkang, seperti DI SINI

Menurut beliau tayangan filem tersebut terpaksa ditangguhkan kerana saban hari menerima bantahan daripada pihak pembangkang termasuk melalui emel dan laman sosial.

Apakah pembangkang begitu berkuasa di negara ini sehingga boleh menyebabkan sesebuah filem boleh ditangguhkan? Apakah Suhaimi Baba boleh dicucuk hidungnya oleh pembangkan supaya beliau menangguhkan tayangan filem tersebut sehingga selesai PRU. Atau beliau sengaja mencipta kontroversi agar filem beliau akan meletop kemudian hari?

Namun apa yang umum ketahui, filem tersebut ditangguhkan adalah keputusan JEMAAH MENTERI bagi mengelakkan konflik dan menjaga KEHARMONIAN KAUM.

Semakin jelas kelihatannya mengapa Jemaah Menteri bertindak sedemikian. Kalau filem tersebut ditayangkan sudah pasti undi kaum bukan Melayu akan berpindah kepada pembangkang dengan jumlah yang lebih besar!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...