Rabu, 27 Januari 2010
Gambar-Gambar Zizie dan Bung Mokhtar...Caya La Lu Bro!
Khamis, 21 Januari 2010
Avatar terus cipta sejarah
shazryn.faizal@utusan.com.my
HUJAN renyai yang membasahi bumi Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) pada lewat petang Ahad lalu (hari Isnin waktu Malaysia) seperti memberi petanda akan ada sejarah manis akan terlakar pada hari itu.
Masakan tidak, selama 66 tahun anugerah Golden Globe berlangsung, rasanya belum pernah lagi acara tersebut berlangsung dalam suasana hujan.
Ternyata telahan itu langsung tidak meleset apabila keputusan Golden Globe Ke-67 memperlihatkan kejutan dan tidak kurang kejayaan manis buat para pemenangnya.
Filem bajet besar, Avatar mengejutkan ramai pihak apabila diumumkan sebagai Filem Drama Terbaik sekali gus menewaskan pencabar terdekatnya, The Hurt Locker dan Up In The Air.
Dengan kemenangan itu, ia sekali gus memberi gambaran bahawa filem tersebut merupakan antara calon utama yang dilihat mampu meraih kejayaan besar pada Oscar nanti.
Memang jarang benar untuk melihat sebuah filem bercorak sains fiksyen atau fantasi diangkat sebagai Filem Terbaik pada Golden Globe.
Jika dilihat pada senarai filem yang pernah memenangi kategori berkenaan sebelum ini, semuanya merupakan filem bercorak drama yang dihasilkan dengan bajet rendah tetapi memiliki nilai-nilai estetika yang cukup tinggi.
Adakah kemenangan Avatar harus dipertikaikan?
Barangkali tidak perlu kerana Avatar telah membawa jauh serta berjaya meneroka pendekatan baru dalam pembikinan filem era moden hari ini oleh pengarahnya, James Cameron.
Maka dengan itu, maka layak sekali James memenangi kategori Pengarah Filem Terbaik sekali gus mengulangi kejayaan filem Titanic, 12 tahun lalu pada acara yang sama.
"Inilah kerja terbaik di dunia. Apa yang kami lakukan adalah menghasilkan hiburan untuk audiens secara global dan itulah makna sebenar Golden Globe ini," kata James kepada hadirin yang memenuhi ruang dewan Ballroom di Hotel Beverly Hilton, Beverly Hills, AS lokasi berlangsungnya Golden Globe.
Sejak mula ditayangkan pada bulan Disember lalu, Avatar telah mencipta rekod yang cukup mengagumkan apabila setakat ini berjaya mencatatkan kutipan tiket sebanyak AS$1.6 billion (RM5.28 billion) di seluruh dunia.
Para pemerhati dunia hiburan melihat kemenangan Avatar itu mampu meningkatkan lagi kutipan tiket filem berkenaan dan berupaya untuk menyaingi mahupun setanding dengan kutipan filem Titanic yang berjumlah AS$1.8 billion.
Dengan angka itu, ia menjadikan James satu-satunya pengarah filem di dunia yang memiliki dua buah filem yang telah mencatatkan penjualan tiket melebihi AS$1 billion.
Pada masa yang sama, pengarah berusia 55 tahun itu melahirkan rasa terkejutnya apabila dinobatkan sebagai Pengarah Filem Terbaik kerana dia menyangka bekas isterinya, Kathryn Bigelow yang akan membawa pulang gelaran itu.
Kathryn dicalonkan menerusi filem The Hurt Locker yang mengisahkan perang Iraq dari kaca mara seorang askar AS yang menyertai perang tersebut.
"Saya memang benar-benar tidak bersedia untuk naik ke pentas dan menggenggam trofi ini kerana menyangkakan Kathryn yang akan memenanginya kerana dia memang layak.
"Apa-apa pun, saya bersyukur dan berterima kasih dengan kemenangan ini," katanya sewaktu menyampaikan ucapannya yang sebahagiannya ditutur dalam bahasa Na'vi yang merupakan lingua franca kaum berkenaan dalam filem Avatar.
Selain kejutan Avatar, malam Golden Globe turut memperlihatkan kehebatan pelakon senior,Jeff Bridges yang akhirnya membawa pulang trofi Golden Globe pertamanya.
Jeff pernah dicalonkan sebanyak tiga kali pada tiga dekad yang berbeza namun tidak pernah memenanginya dan kebolehannya juga sering kali dipandang rendah.
Lalu, apabila Jeff diumumkan sebagai pemenang kategori Pelakon Filem Lelaki Drama Terbaik menerusi filem Crazy Heart, audiens berdiri dan memberikan tepuk sanjungan kepadanya.
"Anda (juri) telah menghapuskan status saya sebagai seorang pelakon yang sering dipandang sepi.
"Anugerah ini juga saya tujukan khas kepada mendiang bapa saya, Lloyd Bridges yang sentiasa menyokong saya," ucap Jeff dalam nada terharu sewaktu menyampaikan ucapannya yang turut didedikasikan kepada isteri dan keluarganya.
Dengan kemenangan itu, Jeff kini diletakkan sebagai calon utama untuk mengulangi kejayaan sama pada Oscar yang akan berlangsung pada 7 Mac depan.
Kemenangan Jeff sekali gus melenyapkan impian George Clooney yang disebut-sebut sejak awal akan mengungguli gelaran itu berikutan lakonan cemerlangnya menerusi filem Up In The Air.
Tiga aktor lain yang berentap untuk kategori Pelakon Filem Lelaki Lelaki Drama Terbaik adalah Colin Firth bagi filem A Single Man, Morgan Freeman (Invictus) dan Tobey Maguire (Brothers).
Seperti mana Jeff, Golden Globe kali ini juga melakar kemanisan kepada aktres popular, Sandra Bullock yang turut memenangi anugerah Golden Globe pertamanya.
Bukan sekadar memenangi anugerah pertamanya, tetapi ia juga kali pertama Sandra dicalonkan dalam kategori drama.
Sebelum ini, namanya pernah tersangkut untuk kategori Pelakon Wanita Filem Komedi atau Muzikal sebanyak dua kali dan sekali lagi tahun ini, untuk filem The Proposal.
Ternyata watak Leigh Anne Tuohy yang dibawanya dalam filem The Blind Side benar-benar membawa tuah kepada anak kelahiran Arlington, Virginia ini.
Sandra menyifatkan kejayaan filem The Blind Side adalah kerana Michael Oher, seorang pemainAmerican football yang bermain untuk pasukan Baltimore Ravens untuk NFL iaitu kisahnya diangkat sebagai subjek utama filem tersebut.
"Terima kasih kerana meletakkan saya dalam kategori hebat ini bersama empat aktres yang cukup mengagumkan.
"Memetik kata-kata Michael sebelum ini iaitu "saya mungkin bukan antara yang berbakat tetapi saya telah diberikan peluang itu."
"Dan itulah gambaran diri saya sendiri sebagai seorang yang telah banyak diberikan peluang," ujarnya yang memegang watak sebagai seorang wanita kaya yang mengambil Michael sebagai anak angkat.
Kemenangan Sandra sudah diduga sejak awal filem tersebut ditayangkan kerana dia telah memberikan lakonan terbaiknya sepanjang dua dekad bergelar aktres.
Malah, The Blind Side juga dilihat mampu memberikan Sandra pencalonan Oscar pertamanya kelak.
Aktres veteran berkaliber, Meryl Streep turut diiktiraf kali ini buat kali kelima dengan memenangi kategori Pelakon Wanita Filem Komedi atau Muzikal menerusi wataknya sebagai seorang tukang masak tersohor, Julia Child dalam filem Julie & Julia.
Filem Nine yang disebut-sebut akan merangkul kategori Filem Komedi atau Muzikal Terbaik pada malam itu juga terpaksa berputih mata apabila pulang dengan tangan kosong di sebalik lima pencalonan yang diterimanya.
Sementara itu, filem The Hangover yang memenangi kategori Filem Komedi atau Muzikal Terbaik mengejutkan ramai memandangkan ia bukanlah filem pilihan utama untuk memenangi kategori tersebut.
Apatah lagi, untuk sebuah filem komedi yang dapat diterima secara meluas oleh semua golongan masyarakat acap kali dipandang sepi setiap kali tibanya musim anugerah di Hollywood.
"Saya hanya mahu mengucapkan terima kasih kepada ibu saya yang memberi restu untuk saya menjadi seorang sutradara apabila dia sedar saya tidak sebijak dua kakak saya yang lain," kata pengarah filem The Hangover, Todd Phillips.
Sutradara tersohor, Martin Scorsese pula menerima anugerah Cecil B. DeMille sebagai mengiktiraf sumbangannya dalam bidang perfileman selama empat dekad.
Seperti yang dijangka, drama bersiri Mad Men berjaya memenangi kategori Siri Televisyen Drama Terbaik untuk tiga tahun berturut-turut dengan menewaskan empat calon lain iaitu Big Love, Dexter, House M.D. dan True Blood.
Sementara itu, kategori Siri Televisyen Komedi atau Muzikal Terbaik pula menjadi milik Gleeyang merupakan sebuah siri baru yang telah mencipta fenomena luar biasa apabila ditayangkan tahun lalu.
Apa yang membanggakan, Glee berjaya menewaskan calon kegemaran, 30 Rock dan sebuah lagi siri baru, Modern Family untuk merangkul gelaran itu.
"Siri ini adalah untuk mereka yang pernah berhadapan dengan situasi yang sama ditonjolkan dalam Glee," kata pencipta siri tersebut, Ryan Murphy yang disambut dengan sorakan barisan pelakon-pelakonnya.
Glee yang mula ditayangkan di saluran Star World (saluran 711, Astro) bermula pukul 9 malam ini mencipta rekod luar biasa di AS apabila mencatat jumlah penontonan sebanyak 8.7 juta setiap minggu.
mStar Online : Jessica Simpson Ditinggalkan Kekasih?
PENYANYI Jessica Simpson ditinggalkan kekasih lagi selepas vokalis Smashing Pumpkin, Billy Corgan memilih untuk putus cinta kerana cintanya dengan wanita itu terlalu mendapat perhatian ramai.
Bagi Billy, hubungan yang dijalin bersama Jessica telah mendedahkan diri mereka kepada orang ramai sedangkan lelaki berkepala botak itu enggan kehidupan peribadinya disentuh oleh orang lain.....
Baca selanjutnya di sini ....
: Jessica Simpson Ditinggalkan Kekasih?
Sastera di Sekolah
Grammys to show Michael Jackson’s ‘Earth Song’ 3-D movie
LOS ANGELES, Jan 21 — Celine Dion, Carrie Underwood and Usher will take part in a tribute to Michael Jackson at the Grammy awards next week that will also showcase a movie created by Jackson for his 1995 hit “Earth Song.”
Grammy organisers said yesterday that Jennifer Hudson and Smokey Robinson would also join in the Jackson tribute, singing along with the voice of the “Thriller” singer.
The Jan 31 Grammy ceremony in Los Angeles will also feature the first complete showing of a 3-D mini
“It was one of the most important portions of the concert tour to Michael and when Michael saw the film for the first time at his last rehearsal, there were tears in his eyes,” Ken Ehrlich, a longtime Jackson associate and who is producing the Grammy telecast, said in a statement.
Jackson, who won 13 Grammys and whose 1982 album “Thriller” is the biggest-selling album of all time, is to get a posthumous lifetime achievement Grammy this year.
Ehrlich said the five singers would perform along with Jackson’s voice while the 4½-minute film is projected on a screen behind them.
“Each and everyone of (the artists) said they were honoured to be asked to do this,” he told reporters.
The “Earth Song” film features a young girl who goes to sleep in a verdant forest and awakes to find it destroyed by environmental changes.
Ehrlich said Grammy organisers had given much thought to how best to remember Jackson, whose last rehearsals were in the same Staples Center arena where the Grammys will be held.
“It just didn’t feel like it was something we should try to do with one those songs you don’t want ever want to see anyone but Michael doing.
“The idea of honouring him by doing something that really meant something to him while he was alive, and now with his passing can continue the message that he wanted to deliver, was really an opportunity we didn’t want to miss,” he said.
Organisers said 3-D glasses will be provided to the Grammy audience in Los Angeles and US TV viewers will be able to get free 3-D glasses through a partnership between broadcasters CBS and retail store Target.
Neil Portnow, president of the Recording Academy which awards the Grammys, said the Jackson tribute “promises to be an emotional highlight of this year’s show”.
Jackson, 50, died in June of cardiac arrest caused by an overdose of prescription medication and the powerful anaesthetic propofol. Los Angeles authorities are still investigating and no one has been charged in the case. — Reuters
Artis, lupakanlah fesyen Bohemian
|
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyeru kepada artis-artis Islam di Malaysia supaya meninggalkan fesyen Bohemian dan pelbagai lagi fesyen yang pelik-pelik yang tidak menggambarkan jati diri mereka yang sebenar. DPPWP berasa sedih kerana ketidakfahaman yang dilalui oleh ramai artis Malaysia menjadikan mereka begitu mudah terjebak dengan industri fesyen yang makin mengarut hari ini. Sebagai umat Islam dan tokoh umum, mereka sewajarnya menunjukkan contoh dan pemakaian yang baik agar tidak mengundang fitnah kepada diri serta masyarakat Islam umumnya. Dunia fesyen hari semakin jauh menyimpang dan kebanyakannya mengeksploitasi artis Malaysia yang dilihat berpakaian tetapi sebenarnya telanjang (tidak menutup aurat) seperti yang pernah diungkapkan oleh Rasulullah SAW: "Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." [Riwayat Bukhari dan Muslim] Setiap umat Islam mempunyai hak untuk memakai apa sahaja, tetapi Islam juga mempunyai hak ke atas mereka untuk mendidik kod etika berpakaian yang betul agar mereka tidak disamakan dengan artis yang bukan Islam. Allah berfirman dalam Al-Quran: "Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang." [Al Ahzab 33:59]. Sesungguhnya, telah banyak peringatan yang Allah beri, tetapi mungkin artis-artis ini tidak tahu, oleh itu menjadi kewajipan untuk DPPWP menegur mereka dan berkongsi peringatan dari Rasulullah kepada anaknya iaitu: "Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya" [Riwayat Bukhari dan Muslim] Sesungguhnya Islam tidak melarang fesyen untuk wanita Islam tetapi biarlah fesyen itu melindungi mereka daripada fitnah dan bahaya jenayah rogol. DPPWP memahami bahawa dunia artis merupakan periuk nasi mereka, tetapi janganlah kerana keperluan itu mereka sanggup untuk dieksploitasikan sedemikian rupa. Daripada Aisyah bahawa Nabi bersabda: "Barangsiapa yang mencari redha Allah dengan marahnya manusia, maka dia akan dicukupkan perbelanjaan manusia dan barangsiapa yang mencari kemarahan Allah dengan relanya manusia nescaya dia diserahkan oleh Allah kepada manusia." Maka DPPWP sekali lagi mengajak artis-artis Malaysia agar kembali menjadi contoh mukmin dan mukminah yang baik bagi mengangkat martabat diri mereka dan umat Islam keseluruhannya. Herman Samsudeen timbalan ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan |
AL-FATIHAH DR ANUAR NOR ARAI
Rabu, 20 Januari 2010
Rabbani kabulkan hajat Ustaz Asri
Isnin, 18 Januari 2010
Perjuangan dan kelangsungan dunia sastera Melayu
Oleh LOQMAN HAKIM TENTUNYA tahun 2003 lalu dan abad 21 ini merupakan detik manis bagi Dr. Syed Othman Syed Omar apabila dinobatkan Sasterawan Negara. Selepas lebih 30 tahun bergelumang sebagai seorang penulis dan ahli akademik ? menghasilkan 11 novel biasa, empat novel remaja, 184 cerpen dan 364 esei/kritikan sastera ? beliau masih terus bertahan. |
'Allah' dalam sastera cetusan bukan Islam
Jimadie Shah Othman
Jumaat, 15 Januari 2010
Abdul Rahman Albaladi Yang Memukau
TENGKU Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, pernah menyaksikan penyanyi dan pemuzik buta, Abdul Rahman Muhammad, 65, membuat persembahan suatu ketika dahulu.
Baginda dikatakan menghampiri Abdul Rahman, yang lebih dikenali sebagai Abdul Rahman Albaladi, dan bertanyakan tentang alat muzik yang dimainkannya.
"Saya tidak pernah lihat alat seperti ini," kata baginda sambil mata terus tertumpu kepada alat yang diperbuat daripada buluh dan bertempek pelbagai perkakasan rumit dan berselirat wayar putih itu.
"Ampun Tuanku. Patik sendiri belum pernah lihat alat ini, Tuanku," balas pemuzik itu, membuatkan Tengku Abdullah sedikit tergamam.
Kemudian mereka sama-sama tertawa. Sehingga hari ini, kenangan itu menjadi jenaka yang disebut-sebut dalam persembahannya.
Bukan Tengku Abdullah saja yang pernah menegurnya kerana keunikan alat berasaskan buluh itu.
"Pelancong dari Jepun juga tertanya-tanya, 'di mana awak lihat contoh untuk buat alat ini?' Bagaimana saya hendak menjawab soalan itu?" kongsi Abdul Rahman yang pernah menyertai Festival Islam di Jerman dan program pelancaran produk halal di negara-negara lain.
Mungkin disebabkan bakatnya bermain alat muzik dan menyanyikan lagu Arab padang pasir dengan begitu cemerlang membuatkan orang ramai melupakan statusnya sebagai orang kurang upaya (OKU).
Alat yang mendapat perhatian ramai itu ialah kecapi buluh yang diolah untuk menghasilkan pelbagai bunyi termasuk bunyi seperti gendang besar dan gendang anak, gong kecil dan gong besar, canang, kompang, gedomba dan banyak lagi.
"Ia seperti satu kumpulan wayang kulit atau kuda kepang. Segala bunyi yang diperlukan ada di sini," ujarnya.
Mengubahsuai sendiri alat muzik tradisional itu selama enam bulan dengan menggunakan kekuatan deria pendengarannya, perkakasan yang ditambah pada kecapi itu, kata Abdul Rahman, menggunakan barang-barang terpakai atau terbuang.
Menariknya, kecapi moden itu tidak dapat berfungsi seperti alat muzik pada asalnya.
"Ia dipasang dengan amplifier dan hanya boleh didengar setelah disambungkan dengan bekalan elektrik, sama seperti gitar elektrik," jelasnya.
Kalau sudah melibatkan amplifier, maka Abdul Rahman turut dituntut memiliki kemahiran mengendalikan alat mixer yang mempunyai lebih daripada 10 punat penyelaras.
Menyaksikan beliau membuat persembahan di Kampung Serongga, Pasir Mas, Kelantan, dengan dua set organ dan alat mixer di tangan kanan manakala kecapi di tangan kiri, ternyata Abdul Rahman tidak berdepan dengan sebarang masalah untuk mengendalikan kesemuanya seorang diri.
Alah bisa, tegal biasa adalah penjelasannya. Kalau sudah melakukannya sejak berumur 18 tahun, pada usia sekarang sememangnya segala-gala menjadi mudah.
"Sebenarnya orang buta lebih cepat menguasai alat-alat seperti ini berbanding orang celik.
"Contohnya, kemahiran membaca tulisan braille. Orang buta lebih cepat dapat menguasainya kerana kami tidak bergantung kepada penglihatan," jelasnya.
Tidak cukup dengan itu, Abdul Rahman turut memukau penonton dengan alat rekaannya yang lain yang menghasilkan bunyi menyamai serunai dan saksafon.
Diperbuat daripada batang paip PVC, kepingan belon, penutup bekas filem dan kepala tiub tayar basikal, bunyi yang dihasilkan saling tidak tumpah seperti alat saksafon sebenar. Maka tidak henti-hentilah Abdul Rahman menarik perhatian penonton.
Hilang deria penglihatan sejak berusia enam tahun, Abdul Rahman tidak membiarkan kekurangan itu menjadi alasan untuknya berpatah arang dengan kecacatan. Sebaliknya, bapa kepada enam orang anak itu terus berikhtiar untuk hidup.
"Orang buta, apabila mereka hilang pandangan, Tuhan lebihkan pada pendengaran. Walaupun buta, saya perlu mencari jalan lain untuk terus hidup," jelasnya menceritakan bibit pertama melibatkan diri dalam bidang hiburan itu.
Hasil daripada bermain muzik dan menyanyi itulah, beliau berjaya menyekolahkan keenam-enam orang anaknya dengan empat daripada mereka bergelar atau bakal bergelar graduan universiti.
Bagaimanapun, hiburan bukanlah satu-satunya produk Abdul Rahman. Beliau juga dikatakan menjadi OKU pertama yang mengeluarkan ubat sendiri dan mendapat kelulusan Amalan Pengeluar Barangan (GMP).
"Saya kenal Abdul Rahman sebab minyak merah yang dijualnya. Selepas itulah baru saya tahu tentang bakatnya bermain alat muzik. Lihat saja lepas dia buat persembahan nanti.
"Orang ramai akan menyerbu gerainya kerana minyaknya memang berkesan dan bagus," kata seorang suri rumah yang turut menonton persembahan Abdul Rahman di Kampung Serongga pada malam itu.
Bagaimanapun, belum pun sempat persembahan disudahkan, orang ramai sudah mula bersuara bertanyakan bila mereka dapat membeli minyak merah itu!
dari Harian Kosmo