Jumaat, 15 Januari 2010

Ghazal parti

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Ghazal Parti ialah sebuah persembahan yang menggabungkan muzik, lagu, lawak dan tarian dan terkenal di Utara Malaysia terutamanya diPulau Pinang. Gaya bahasa yang digunakan cenderung kepada dialek utara iaitu dialek Kedah dan Pulau Pinang.

Ghazal berasal daripada perkataan Arab ‘Ghaz’ yang bermaksud nyanyian yang ditujukan kepada wanita. Ghazal daripada segi bahasa bermaksud mainan cinta, ungkapan-ungkapan cinta atau ucapan-ucapan yang diluahkan kepada wanita atau berkata-kata dengan wanita. Ghazal juga dikenali sebagai suatu bentuk puisi nasyid iaitu puisi-puisi yang memaparkan kisah percintaan penyair dengan kekasihnya.kesenian ini amat popular di sekitar tahun 40’an sehingga 60’an. Ia menjadi satu budaya yang popular dan satu kemestian bagi masyarakat setempat terutama bila ada majlis keramaian.

Di dalam persembahan ghazal parti ini juga alat alat muzik yang digunakan adalah seperti gambus, violin, akordian, seruling, drum atau rebana. Namun perubahan masa dan juga pengaruh muzik semasa persembahan ghazal parti turut menggunakan alat muzik seperti saxophone,trumpet, marakas, kerincing dan bongo.

Kebanyakkan lagu-lagu yang popular datang dari tanah Arab sendiri dan dinyanyikan dalam bahasa Arab atau ditukar dalam bahasa Melayu. Antara lagu-lagu yang popular ialah seperti “Alabaladi”, “Anawintal Wahdina”, “Ahbabinna”, “Wai Ya", "Ya Gamil", "Istak na ya albi", "ma'al wen telu dan banyak lagi.

Kebanyakkan lagu-lagu Arab yang digemari adalah berima masri dan berbagai lagi. Lagu-lagu persembahan ghazal parti ini kebanyakkannya diambil dari nyanyian penyanyi-penyanyi Timur Tengah yang popular seperti Fairuz, Ommu Kulthum Muhammad Abdul Wahab dan juga Abdul Halim Hafiz. Lagu-lagu ada yang berunsur nasihat, semangat bekerja, percintaan dan juga patriotik.

Dua elemen penting lain yang mewarnai ghazal parti ialah tarian dan lawak jenaka. Pelawak terkenal ketika itu ialah Hassan putu mayong, Din tok arab, Husin kacong dan ramai lagi. Kemunculan mereka sebagai mengisi ruang pemain dan penyanyi berehat. Penari-penari ghazal parti pula disebut masri, yang terdiri dari lelaki berpakaian perempuan. Kemunculan mereka memang dinantikan bila bermula sebuah lagu baru dimainkan. Ramai yang terpesona dengan gaya dan lenggok keindahan tarian mereka mengikut irama padang pasir.

Ketika ghazal parti berada di zaman kemuncaknya, persembahan ini menjadi acara wajib bagi acara keramaian dan juga di majlis-majlis perkahwinan. Ghazal parti juga diipersembahkan semasa pesta keramaian seperti sambutan hari kemerdekaan, pesta kebudayaan , majlis perasmian dan sebagainya.

Persembahan Ghazal Parti dapat diterima oleh masyarakat Melayu berugama Islam kerana ada pengaruh Arab dan Parsi . Malahan telah diterima sebagai budaya masyarakat Melayu di utara Malaysia kerana tidak melanggar batas-batas ugama Islam . Percampuran antara lelaki dan perempuan dalam persembahan amat dijaga. Watak perempuan biasanya dilakonkan oleh lelaki yang lembut . Persembahan Makyong pernah 'disekat' sekejap di Kelantan setelah parti PAS mula memerintah kerajaan negeri Kelantan pada 1990.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...