Selasa, 3 Julai 2012

SEDIAKAN RUANG BUAT ARTIS YANG BERHIJRAH UNTUK TERUS BERKARYA

Sedia ruang buat Aishah, Abby, Hairie berkarya


Semoga apa yang dicetuskan dari minda Ahmad Lotfi Othman ini akan diberi perhatian yang serius oleh kepimpinan PAS dan PKR. Kita kena buktikan bahawa dengan berada di bawah payung Pakatan Rakyat, golongan karyawan, budayawan dan semua anak seni akan lebih bebas dan jujur dalam berkarya. Dan perlu diingat bahawa anak seni juga perlukan "apa yang diperlukan" untuk kelangsungan hidup.

Kita semarakkan dunia seni yang bebas dan jujur di bawah Pakatan Rakyat!

Khamis, 28 Jun 2012

ABBY ABADI BERSERI-SERI DI MAJLIS PAS KEDAH


Berseri-seri wajah pelakon Abby Abadi yang dirakamkan ketika menghadiri satu majlis Himpunan Hijau Ke Putrajaya yang dianjurkan oleh PAS Kedah di Kompleks PAS Negeri Kedah.

Semoga Abby terus beristiqomah dalam perjuangan dan tidak gentar dengan cemohan dan kata nista dari puak-puak pencacai sebelah sana!

Jumaat, 22 Jun 2012

SAYA TIDAK TAKUT BIARPUN DIUGUT - DAYANGKU INTAN


“Saya tidak takut biar pun ada pihak mengugut. Kita hanya perlu takut kepada Allah Taala sahaja dan bukan takut kerana manusia.

“Biar pun berjuang bersama di pentas Pakatan Rakyat tanpa mendapat bayaran tetapi hati saya senang,” kata artis Dayangku Intan pada ceramah di Kampung Mahligai malam tadi.

Menurutnya tidak menjadi kesalahan untuk berjuang di pentas politik bagi menegakkan kebenaran.

Kata beliau ada rakan-rakan artis menanyakan tidak takutkah berjuang bersama Pakatan Rakyat, nanti susah hendak cari makan.

“Kamu artis hendaklah bangkit bagi menyuarakan hak. Sekarang artis tempatan tidak lagi mendapat keistimewaan berbanding artis yang didatangkan dari luar negara.

“Artis luar yang datang dibayar begitu mahal. Jadi kalau dilayan sebegitu rupa oleh kerajaan kita perlu bangkit bagi menyuarakan hak,” ujarnya pada ceramah di pentas PAS.

Program itu mendapat sambutan hangat apabila ramai hadir mendengar ceramah sulung artis terbabit di Kelantan, yang kini berjuang di pentas Pakatan Rakyat.

Orang ramai berderetan di atas tali air yang terletak bersebelahan tempat ceramah. Di hadapan pentas orang ramai melimpah.

Hadir sama Yang Dipertua PAS Bachok, Datuk Omar Mohamad, Adun Jelawat, Abdul Azziz Kadir dan Ketua Penerangan PAS Kota Bharu, Nor Azariza Alawi.

Ramai muslimat turut mengambil peluang bersalam dan bergambar dengan Dayangku Intan sebaik selesai ceramah.

Dayangku mendakwa beliau pernah diundang menghadiri program di sebuah rancangan televisyen di mana program berkenaan mendapat banyak tajaan di kalangan pengiklan.

Kata beliau biar pun stesen televisyen terbabit mendapat banyak pendapatan melalui iklan, namun beliau sebagai tetamu yang diundang bercakap kira-kira 45 minit hanya dibayar RM100 sahaja.

Dayangku Intan yang datang bersama suami juga memberitahu sudah lama tidak membaca akhbar harian yang dimiliki Umno.

“Sekarang saya hanya baca akhbar diterbitkan PAS, PKR dan melayari internet sahaja bagi mengetahui perkembangan semasa.

“Sebenarnya di mana sahaja berada saya tetap bercakap mengenai isu rasuah yang begitu kronik berlaku dalam negara sekarang,” katanya.

Menurutnya rakyat sudah bosan dan inginkan perubahan dalam pentadbiran negara.

Sementara itu Abdul Azziz berkata, beliau sudah beberapa kali berusaha menjemput Dayangku hadir pada program di Bachok, namun hanya malam tadi yang menjadi kenyataan.

Manakala pada 28 Jun ini seorang lagi selebriti, Abby Abadi dijangka menemui peminat pada program Sembang Petang di Dewan Majlis Daerah Kuala Krai di Guchil, manakala pagi 29 Jun pula program di padang Majlis Daerah Pasir Puteh. -HD

Khamis, 21 Jun 2012

PELAKON HAIRIE OTHMAN DAN ZULKIFLI ISMAIL AKAN SERAH BORANG PAS 6 JULAI INI DI TAMAN MELEWAR!


Hairie Othman - pelakon yang berasal dari
negeri Kedah bakal sertai PAS pada 6 Julai 2012

Pelakon, seniman, sastrawan kini berbondong-bondong menyertai PAS dan yang terbaru, pelakon filem Leftenan Adnan, Hairie Othman pula akan menyertai PAS.

Menurut Hairie, beliau bersama-sama pelakon, Zulkifli Ismail akan menyerahkan borang permohonan keahlian kepada Timbalan Presiden PAS, Tuan Hj Mohammad Sabu dalam satu program di Taman Melewar, Gombak 6 julai ini.

Beliau tampil dalam siri ceramah PAS di Batu Gajah bersama Leman Raja Lawak yang baru sahaja sertai PAS, semalam.

Turut menyampaikan ceramah ialah Pengarang Berita Harakah,  Tarmizi Mat Jam, Setiausaha Pakatan Rakyat Perak, Dr Khairuddin Abdul Malik dan Bekas Setiausaha Dewan Negara, Salleh Bakar.

Dalam ucapan sulungnya di pentas PAS, Hairie berkata, faktor mendorongnya untuk menyertai PAS ialah atas kesedarannya sendiri.

"Tidak sesiapa yang mempengaruhi dan memaksa saya masuk perjuangan ini tetapi atas kesedaran saya sendiri," katanya di hadapan ratusan hadirin.

Zulkifli Ismail - pelakon siri Gerak Khas
dijangka akan turut sertai PAS
Katanya, ramai artis yang menyokong BN kerana untuk mencari 'makan' dan meneruskan karier dalam bidang hiburan.

Anak kelahiran Negeri Kedah ini sangat kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapha Mohamad yang mendakwa artis yang menyertai PAS ini bukanlah untuk berdakwah sebaliknya untuk berpolitik.

"Kenapa jika artis yang tidak sealiran dengan mereka dihina dan dijadikan isu sedangkan yang menyertai Umno tidak pula dibangkitkan?

"Saya telah memberikan komen tentang kenyataan menteri itu di facebook dan ramai yang menyokong komen saya itu," jelasnya.

Hairie berkata, ramai yang memberi sokongan kepadanya selepas komen-komennya dalam laman facebook seolah-olah pro kepada pembangkang.

"Ramai yang memberi sokongan dan mengajak saya sertai PAS dan hari ini, hari bersejarah saya berucap pertama kami dipentas PAS," katanya dalam nada gembira.

Beliau mengakui tindakan ini akan memberi kesan kepada karier lakonannya namun beliau sanggup menghadapinya.

"Kalau saya fikir dunia, saya tidak akan membuat keputusan menyertai perjuangan ini namun saya sanggup menerima risiko kerana yang memberi rezeki bukannya BN tetapi Allah ," jelasnya.

Hairi menjelaskan, umat Islam perlu mengetahui serta mengakui politik dan Islam tidak boleh dipisahkan.

Oleh itu, katanya Umat Islam perlulah menyokong parti yang memperjuangan Islam iaitu PAS dan menolak parti yang memperjuangkan assobiyyah.

"Saya akan bersama-sama membantu  dalam misi menawan Putrajaya dan saya sanggup untuk turun ke seluruh negara untuk bantu berkempen dan memberi ceramah kepada rakyat," jelasnya.

dari: Harakahdaily

Rabu, 20 Jun 2012

MANIFESTO SEMBILAN TONGGAK, TAWARAN PR KEPADA RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Ayoh saudara-saudaraku di Tanah Beradat, Negeri Sembilan Darul Khusus! Bukalah mata dan hati!

Pakatan Rakyat Negeri Sembilan menzahirkan sembilan tonggak utama dalam manifesto yang bertemakan Prihatin Rakyat dalam menghadapi Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Manifesto bersama antara PAS, PKR dan DAP itu turut menekankan tanpa amalan rasuah jika Pakatan Rakyat berjaya menguasai negeri tersebut.

Sembilan tongak utama yang ditekankan adalah:

1. Rakyat itu tuan (pentadbiran dan kewangan awam)

Perkara yang wajibkan Menteri Besar dan Ahli Exco mengisytiharkan harta, memastikan kewangan negeri diuruskan secara berhemah dan tiada ketirisan dan pembaziran dalam belanjawan kerajaan.

Malah tonggak pertama ini juga turut mewujudkan 'enakmen kebebasan maklumat' bagi memberi akses kepada rakyat mendapatkan maklumat awam.

2. Rakyat nan senang dan sejahtera (ekonomi)

Perkara kedua ini telah menekankan pembangunan ekonomi dalam usaha merapatkan jurang pendapatan, selain itu juga ia turut mengutamakan projek dan kegiatan ekonomi yang boleh meningkatkan pendapatan dan taraf hidup rakyat secara langsung.

3. Rakyat nan bertelapak (tanah dan perumahan)

Tonggak ketiga ini adalah satu usaha terbaik dalam mengembalikan hak pemilikan tanah serta memastikan setiap rakyat dapat memiliki rumah sendiri.

Antara sasaran bagi tonggak ini adalah memberi milik kepada pemegang tanah TOL yang telah diusahakan atau diduduki selama 25 tahun ke atas kecuali bagi tanah rizab jalan, sungai dan seumpamanya.

Memperkasakan dasar penggantian tanah rizab Melayu yang diambil oleh kerajaan malah turut melindungi kepentingan dan kedudukan Orang Asal.

4. Rakyat nan berilmu (pendidikan)

Mewujudkan skim bantuan pendidikan bagi memastikan setiap anak warga Negeri Sembilan mendapat pendidikan sekurang-kurangnya sehingga ke peringkat SPM, dalam pada itu bantuan secara sistematik turut diberikan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Jenis Kebangsaaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan juga sekolah-sekolah tinggi persendirian.

Sumbangan sebanyak RM1,500 kepada pelajar yang berjaya mengikuti ijazah pertama dan RM1,000 bagi diploma di IPTA dan IPTS yang diiktiraf.

5. Rakyat nan berakhlak (Islam dan pendidikan Islam)

Antara yang ditekankan dalam tonggak ini adalah menaikkan elaun guru KAFA kepada RM1,000 sebulan dan memberi elaun RM250 sebulan kepada guru Al Quran, malah dalam urusan zakat juga turut diperkemaskan agar sistem pungutan dan agihan zakat menjadi satu instrumen pembasmi kemiskinan.

Bagi agama-agama lain portfolio hal ehwal bukan Islam diwujudkan dam peruntukan tahunan kepada badan-badan induk agama bukan Islam turut diberikan.

6. Rakyat nan aman dan mencintai alam (keselamatan, jenayah, gejala sosial dan alam sekitar)

Memperkasakan mekanisma penguatkuasaan undang-undang dan peraturan keselamatan bagi membendung jenayah dan gejala sosial.

Memberi insentif kepada majikan yang menyediakan kemudahan pengangkutan kepada pekerja wanita yang bekerja syif malam bagi menjaga keselamatan mereka.

7. Rakyat nan selesa (infrastruktur dan kemudahan awam)

Memastikan perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih berkesan untuk penduduk bandar dan luar bandar, peningktan mutu jalan raya juga turut ditekankan.

8. Wanita dimartabatkan, rakyat nan muda disayangi, nan dizalimi dibela dan nan tua disantuni (wanita dan keluarga, anak muda, peneroka dan kebajikan)

Dalam usaha menaikkan martabat wanita bantuan sebanyak RM500 setahun diberikan kepada ibu-ibu tunggal yang layak selain menubuhkan dana usahawan wanita bagi membantu wanita menceburi bidang perindustrian.

Manakala untuk anak muda pusat perniagaan dan kebudayaan untuk anak muda diwujudkan. Bagi peneroka Felda, pengeluaran geran tanah dipercepatkan bagi peneroka yang telah melunaskan hutang kepada Felda.

Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) tidak ketinggalan apabila sistem bantuan kebajikan diperkasakan selain mengalakkan majikan di sektor awam dan swasta memberi pertimbangan istimewa kepada OKU di dalam pengambilan pekerja.

9. Rakyat nan berbudaya dan beradat (seni budaya dan adat)

Antara lain dalam tonggak terakhir ini adalah menubuhkan Perbadanan pembangunan Tanah Adat bagi membangunkan tanah adat yang terbiar.

Menaikkan elaun Datok Lembaga Adat kepada RM1,000 sebulan dan memberi elaun sebanyak RM250 sebulan kepada Buapak-Buapak serta menubuhkan institusi bagi memperkasakan adat perpatih.

Khamis, 14 Jun 2012

RAPUHNYA KERAJAAN, DENGAN BOTOL AIR MINERALPUN BOLEH TUMBANG!

Maka bermadahlah akan seorang memanda menteri dari negeri antah-berantah, "Botol air dan garam boleh menumbangkan kerajaan...!"

Aku tak tahu, sama ada nak ketawa ataupun nak menangis dengan omelan yang keluar dari mulut sang menteri ini ..... Betapa rapuhnya kerajaan yang ada....



OLEH ITU AYUH WAHAI RAKYAT JELATA SEKALIAN .... KITA TUMBANGKAN KERAJAAN YANG RAPUH DAN KITYA DIRIKAN KERAJAAN YANG TEGAP DAN MANTAP SELEPAS PRU 13!!

Isnin, 11 Jun 2012

SAYANG SEKALI JIHAN TIDAK BERSAMA LAGI DENGAN KAROOT KOMEDIA X

Aku tidak mahu membohongi diri sendiri! Sememangnya aku merupakan diantara sekian ramai orang yang menggemari siri komedi kesukaan ramai Karoot Komedia yang dihoskan oleh Sabree Yunus. Rancangan yang berjaya mengangkat Dikir Barat menjadi medium hiburan terkini (yang tidak hanya digemari dan difahami oleh orang pantai timur) begitu mengujakan sekali dengan sketsa spontan oleh para pelawak baru dan lama.

Tidak syak lagi lakonan komedi yang mantap oleh gabungan Eby Yus, Yus, Johan, Jep Sepah dan Jihan berjaya menghidupkan Karoot Komedia, dan menjadikan aku ternanti-nanti akan kemunculan musim barunya, Karoot Komedia X.

Namun apabila siri tersebut mula menjengah penonton pada malam Jumaat lepas, aku merasa agak hampa apabila salah seorang yang aku rasakan begitu berjaya menjadi penyeri Karoot Komedia, Jihan tidak kelihatan. Pada mulanya aku menyangkakan ketiadaannya hanya sementara, sebagaimana Jep yang digantikan oleh Suib.Tapi bila mendengar siaran radio Sinar fm pagi tadi aku agak tersentak apabila Yus yang menjadi tetamu jemputan Krill dan SY menyatakan Jihan dan "out" dari Karoot Komedia X!

Aku merasa agak hampa apabila seorang pelakon komedi wanita yang begitu bersahaja, tanpa menghodohkan diri dengan mimik muka atau kata-kata, yang 'cun' telah terkeluar dari siri popular ini. Ya......mungkin aku tidak akan jadi lagi penggemar Karoot Komedia X ini.....

Isnin, 4 Jun 2012

RAMAI YANG TIDAK TAHU, TAPI SAYA TAHU - KATA ANNUAR MUSA


Saya tahu rancangan menyekat saya bermula seawal saya dicalunkan sebagai Timbalan Presiden FAM. Saya tahu, urusetia tidak pernah NEUTRAL , malah mereka pernah buat pengakuan pada saya bahawa mereka terpaksa!

Ramai yang tidak tahu bagaimana saya dilayan sejak saya buat kejutan dengan memenangi jawatan Timbalan walau pihak lain cuba berkonspirasi.

Ramai yang tidak tahu saya dilayan macam budak-budak....Ramai yang tidak tahu saya tiada ofis, tiada kerusi atau meja di Wisma FAM yang serba mewah bagi beberapa orang tertentu.

Ramai yang tidak tahu bagaimana minit mesyuarat sering dipinda dari apa yang diputuskan ....

Ramai yang tidak tahu beberapa keputusan exco diVETO di luar mesyuarat .... Ramai tidak tahu ahli exco tidak dilayan urusetia kecuali sekerat dua sahaja ....

Ramai yang tidak tahu selepas saya dan CEO MSL selesai mendapatkan tajaan RM120 juta, saya dan stuart mula dihimpit pelbagai tekanan dan halangan untuk berfungsi ...

Ramai tidak tahu apabila beberapa pembaharuan dan penjimatan nak dibuat dan menjejaskan comfort dan benefit pihak tertentu, maka konspirasi pun bermula untuk melindunginya ...

Penggantungan saya adalah perkara yang diarah dan dirancang ... Saya akan buktikan ... Mereka menutup semua pintu diplomasi dan perbincangan bersemuka ...

Tidak mengapa ... kerana itu mempercepat terbukanya pintu mahkamah ... saya tahu saya keseorangan.

Tapi saya berikrar, saya bersedia hilang semua kedudukan dalam bolasepak Malaysia.

Tetapi segala yang berlaku dan ujud akan saya ketengahkan without any fear ...

Bila mereka menolak saya keluar maka halallah penentangan saya dari luar pula .... Insya’ Allah minggu depan saya akan buat satu kenyataan penting ...

Jumaat, 1 Jun 2012

RM2 JUTA UNTUK BAWA ARTIS K-POP KE HIMPUNAN BELIA?


Harakahdaily,
01 Jun 2012
KUALA LUMPUR: Seorang blogger, Amno World mendakwa dalam blognya, Kerajaan Malaysia membayar RM2 juta untuk membawa artis dari Korea, K-Pop ke himpunan belia di Putrajaya baru-baru ini.

Dengan menunjukkan resit tuntutan dari pembekal untuk program ini, blog itu menunjukkan senarai tuntutan yang dihantar kepada Kementerian Belia dan Sukan.

Bagaimanapun Harakahdaily tidak dapat pastikan adakah bil tuntutan dari syarikat StadiumFirst Sdn Bhd ini benar atau tidak.

Dalam tuntutan itu bertarikh 21 Mei itu, StadiumFirst menuntut 70 peratus dari bayaran penganjuran Himpunan Sejuta Belia itu dari kementerian yang diterajui Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek itu.


Tuntutan itu dikemukakan kepada Ketua Setiausaha Kementerian itu, Datuk
Mohid Mohamed untuk Hari Belia Negara 2012 berjumlah RM15.1 juta.

Tindakan kerajaan BN memasukkan persembahan K-Pop disifatkan sebagai satu tindakan melampau demi untuk menarik golongan belia ke perhimpunan itu.

Ia telah mendapat bantahan hatta dari Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria yang terkenal dengan pandangan yang selalu bersama Umno itu.

Yang dikesali adalah tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek yang turut terkinja-kinja bersama artis yang hanya memakai seluar yang hampir ke pangkal paha itu.

"Najib saya faham tetapi Shabery yang pernah menjadi Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) ketika belajar dulu amat tidak difahami," kata seorang bekas pelajar UM kepada Harakahdaily.

Bagi beliau, tindakan membelanjakan RM2 juta untuk membawa artis K-Pop bagi menarik belia ke perhimpunan ini satu yang sangat tidak boleh diterima.

"Ketika Shabery menjadi Menteri Belia dan Sukan, saya berharap beliau membawa nafas baru kepada belia negara tetapi nampaknya beliau lebih membenam mereka ke kancah hiburan yang tidak sesuai dengan budaya kita apatah lagi agama kita," kata beliau lagi.

Rabu, 23 Mei 2012

PERJUANGAN KEBEBASAN THE BEATLES


Oleh:Amin Iskandar
1:10PM Mei 19, 2012

The Beatles adalah kumpulan muzik yang berjaya mempengaruhi dunia. Penulis adalah di antara jutaan manusia yang meminati kumpulan lagenda ini.

Walaupun penulis lahir tiga-empat bulan sebelum John Lennon dibunuh - muzik mereka sesuai didengari sepanjang zaman.

Empat tonggak dalam kumpulan The Beatles - John Lennon, Paul McCartney, George Harrison dan Ringo Starr masing-masing mempunyai keperibadian yang menarik.

John Lennon dengan sifat "rebellious". Paul McCartney pula watak yang digilai oleh anak gadis.

George Harisson pula dengan sifat misteri dan spiritual. Ringgo Star pula adalah watak neutral yang disenangi oleh Lennon, McCartney dan Harisson.

Kebanyakkan lagu-lagu yang dihasilkan oleh The Beatles adalah kombinasi ciptaan John Lennon dan Paul McCartney.

Lagu-lagu seperti "I wanna hold your hand", "Help", "Yesterday" "Hey Jude" dan banyak lagi menjadi pujaan dunia.

Walaupun dominasi Lennon-McCartney sangat besar, George Harrison tidak kurang hebatmya. Lagu seperti "Something" dan 'My Sweet Lord" amat penulis minati.

Begitu juga dengan Ringo Starr, beliau juga menghasilkan lagu yang hebat seperti "Octopus Garden", "What Goes On" dan "Don't Pass Me By".

Perpecahan

Seperti kumpulan-kumpulan muzik besar lain, The Beatles akhirnya berpecah pada 9 April 1970. Masing-masing membuat haluan sendiri.

Empat lelaki dari Liverpool yang telah berjaya menggegar dunia akhirnya membuat laluan masing-masing.

Lennon bahagia dengan pasangan hidupnya Yoko Ono. Mereka bersama-sama berjuang melalui lagu dan seni. Menyampaikan mesej-mesej keamanan.

Tentulah dunia tidak akan melupakan "Imagine", "Happy Xmas (War Is Over)", "Power to the people" dan banyak lagi.

Paul McCartney terus aktif sebagai pemuzik. Beliau menubuhkan kumpulan baru yang bernama "The Wings".

George Harrison juga aktif sebagai penyanyi dan penulis lagu. Juga dengan gerakan "Hare Krishna".

Untuk kemanusiaan Harrison pernah menganjurkan sebuah konsert kemanusiaan untuk membantu negara Bangladesh. Bob Dylan turut membuat persembahan.

Ringo Starr yang dianggap sebagai paling "neutral" dalam The Beatles dan disenangi oleh semua pihak tidak kurang hebatnya. Beliau turut menghasilkan album selepas perpecahan The Beatles.


Lennon dibunuh

Dalam The Beatles, Lennon yang paling aktif dalam memperjuangkan kebebasan dan keamanan.

Jika dilihat dalam lagu-lagunya selepas berpecah dengan The Beatles, kita akan tahu apakah yang ada dalam hati John Lennon.

Bukan kekayaan dan kemasyuran yang dicari. Lennon mahukan dunia yang lebih aman dan tenteram. Lagu "Imagine" menggambarkan segalanya.

Lennon bersama-sama berjuang untuk menghentikan perang diseluruh dunia. Pada Disember 1980, Lennon akhirnya ditembak mati berhampiran rumahnya di New York. Selepas mati, Lennon terus hidup dengan lagu-lagunya sehingga kini.

George Harrison mengabdikan dirinya dengan jalan spiritual melalui lagu-lagu dan aktiviti-aktiviti kemasyarakatannya. Pada tahun 2001, beliau mati akibat kanser paru-paru.

Paul McCartney dan Ringo Starr masih hidup sehingga hari ini. Kedua-dua nama besar ini kadangkala muncul diberita tentang kehidupan peribadi atau karya seni mereka.

Bagi peminat The Beatles, Lennon dan Harrison tetap hidup dan masih bersatu dalam lagu-lagu yang masih berkumandang.

Ada juga penyanyi-penyanyi baru yang menyanyikan semula lagu-lagu The Beatles. Tidak kurang juga dalam filem-filem.

Untuk pelajar-pelajar muzik juga, The Beatles amat penting. Kesemua yang ingin kalian pelajari ada dalam The Beatles. Begitu juga pelajar-pelajar universiti kehidupan.

dari: Malaysiakini

Isnin, 7 Mei 2012

SAJAK - KITA DIROMPAK SEMAHU-MAHUNYA!

Kita dirompak semahu-mahunya!
Sinetron, Indon mari!
Telenovela, Mexico, Venezuela, Colombia dan sewaktu dengannya yang empunya
Made-in Malaysia punya?
Adalah juga ditempel-tempelkan

Kita dirompak semahu-mahunya!
Chow Kit dah macam dekat Bandung
Kampong Pandan, kita dah jadi macam minoriti
Semua kedai
Semua warung dipinggir jalan
Indon yang punya
Tak percaya? Sendiri pigila tengok!

Kita dirompak semahu-mahunya!
Sampaikan hak mengundipun kini dah tergadai

Ahhhhhhhhhhhhhhh........ tanah airku yang empunya ceritera!

Jumaat, 4 Mei 2012

SAJAK BUAT GADIS AYU DI BERSIH 3.0

SEORANG GADIS BERWAJAH AYU, DUDUK DAN BANTAH

Seorang gadis berwajah ayu
Ada sekuntum bunga matahari kuning di genggaman
Matanya redup, sayu dan pilu
Merenung kejauhan

Seorang gadis berwajah ayu
Dikelilingi teman-teman
Semua tampak sedih
Jiwa nampak pedih
Namun mereka tidak merintih
Mereka dambakan BERSIH!

Seorang gadis berwajah ayu
Yang duduk disampingku
Berteleku, DUDUK BANTAH
Tidak menghirau sang penguasa yang akan datang meratah

Tika sang penguasa sedang menggila
Menghamburkan bom asap yang memedihkan mata
Gadis ayu itu berlari sambil mendakap bunga matahari kuning
Aku berpaling dan menjeling
Melihat matanya merah, air mata mencurah
Bukan kerana sedih, tapi kerana marah
Bukan kerana merintih, tapi bom asap datang mencurah

Aku duduk berteleku
Bukan mengenang gadis ayu itu
Namun mengenang
Seruling kedamaian yang semakin berbalam
Cahaya keadilan yang semakin kelam
Dek serakah sang penguasa yang tidak pernah kenyang!




Khamis, 3 Mei 2012

AL-FATIHAH .... PELAWAK BOB KUMAN KEMBALI KERAHMATULLAH


Berita yang baru diterima, artis komedi Bob Kuman telah kembali kerahmatullah pada pukul 4.38 petang tadi. Al-fatihah ....

BETULKAH INDEKS KEBEBASAN MEDIA MALAYSIA MENGATASI INDONESIA?

Menurut laporan, Indeks Kebebasan Media Malaysia adalah ditangga ke-122, mengatasi jiran-jiran terdekat iaitu Singapura (135), Thailand (137) dan Indonesia (146). Kalau dilihat dari kedudukan indeks ini Malaysia bolehlah berbangga kerana kedudukannya agak baik juga berbanding negara-negara jiran serantau. Biasalah .... kita sering membandingkan kedudukan kita dengan negara-negara yang lebih teruk untuk menampakkan kita ini baik! Paling tidak pun ranking ini adalah lebih baik dari ranking bola kita di tangga 156.

Namun apabila kita melihat realitinya, apakah benar media Malaysia lebih bebas dari media Indonesia? Semasa pilihanraya umum Indonesia yang lalu saya berada di Jakarta untuk melihat secara khusus bagaimana peranan dan 'kelakuan' media di sana melapor suasana pilihanraya. Boleh dikatakan mereka menyiar berita dari semua parti politik termasuklah dari parti-parti 'nyamuk' yang mungkin kita tidak kenali di sini. Tokoh-tokoh dari berbagai parti politik ditemubual. Iklan-iklan kempen bebas disiarkan sepenuhnya oleh tv dan akhbar di sana.

Begitu juga dalam kes 'Dukun As' yang dikatakan membunuh seramai 42 wanita bagi tujuan ilmu hitamnya. Disebalik berita-berita negatif tentang perbuatan terkutuknya itu, media di sana masih memberi peluang kepada Dukun As berkata sesuatu bagi mempertahankan dirinya dalam wawancara yang diadakan di bilik penjaranya. (Kini Dukun As telahpun dihukum mati).

Melihat daripada senario ini saya agak sangsi dengan kedudukan indeks kebebasan media yang dikeluarkan itu. Apapun kepada semua pengamal media bebas, selamat menyambut Hari Kebebasan Akhbar Sedunia!

Isnin, 30 April 2012

BERAPA RAMAI YANG HADIR BERSIH 3.0? AKU BERANI KATA LEBIH DARI 300 RIBU, KENAPA?

Gambaran BERSIH 3.0 di hadapan LRT Masjid Jamek
Beberapa jumlah sebenar yang hadir ke perhimpunan BERSIH 3.0? Beberapa jumlah diberikan antaranya 250 ribu, 150 ribu dan berbagai jumlah lagi termasuk dari orang-orang yang tidak pandai mengira yang berada di Utusan Malaysia dan sebangsa dengannya.

Aku yang hadir ditengah-tengah kelompok yang berkubu di depan LRT Masjid Jamek, berani menyatakan bahawa jumlah sebenar yang menghadiri perhimpunan tersebut adalah melebihi 300,000 orang! Apa kaedah yang aku gunakan?

Saban tahun aku melihat jumlah 230,000 orang ke 270,000 orang jemaah haji Indonesia yang berkumpul di Mudzalifah sebelum ke Mina. Aku boleh hafal keluasan kawasan yang digunakan oleh mereka. Aku juga boleh melihat kawasan untuk 35,000 ke 37,000 jemaah haji Malaysia di kawasan yang sama. Luas kawasan para demonstran BERSIH 3.0 berhimpun adalah jauh lebih luas dari kawasan jemaah haji Indonesia dan lebih dari 10 kali ganda kawasan yang digunakan oleh jemaah haji Malaysia!

Oleh yang demikian aku amat yakin bahawa jumlah yang hadir adalah melebihi 300,000 dan malahan kalau ada yang meletakkan angka tersebut mencecah 500,000 orang juga aku akan bersetuju!


Jumaat, 27 April 2012

TERHARU, DUA ORANG BUTA TURUT HADIR KE CERAMAH BERSIH DI BANDAR TUN RAZAK!

Malam tadi aku berseorangan diri, seperti selalunya, ke tapak ceramah sempena BERSIH 3.0 bertempat di kawasan padang Flet Sri Labuan, Bandar Tun Razak. Memang kalau ke tempat ceramah aku terhitung orang yang paling awal sampai untuk mengelakkan kesukaran memakir kereta.

Sementara menunggu ceramah bermula, aku ke warung mee sup untuk melapik perut. Sambil menjamah makanan yang terhidang mataku memerhati persekitaran. Terlihat olehku kelibat dua orang cacat penglihatan yang saling berpimpin tangan memasuki warung tempat aku menjamu selera.

Dengan bersusah payah kedua-dua mereka masuk sambil dipimpin oleh salah seorang pekerja warung tersebut. Mereka duduk dan memesan dua mangkuk kuetiau sup. Sambil menunggu makanan sampai mereka berdua bersembang, perkataan yang jelas kedengaran ditelingaku ialah BERSIH, DBKL.....kemudian mereka ketawa sinis!

Selepas menjamu selera aku mula memasuki kawasan ceramah, yang masih belum ramai. Kedua-dua lelaki buta tersebut juga masuk ke kawasan tapak ceramah. Seorang petugas yang memakai baju kuning BERSIH 3.0 membantu mereka memasuki kawasan tersebut.

Aku terharu melihat kelibat mereka! Dalam keadaan yang tidak dapat melihat, tetapi hati mereka celik, celik terhadap ketidakadilan dan kebobrokan politik yang berlaku sekarang. Tanpa ditemani oleh sesiapa, kedua-dua mereka bersusah payah untuk turut sama mendengar para pemimpin menyampaikan hujah!

Aku tidak pasti sama ada kedua-dua mereka akan turut menguningkan Kuala Lumpur besok petang. Tetapi yang pastinya, semangat mereka berdua amat-amat mengharukan jiwaku!


Khamis, 26 April 2012

BERSIH 3.0 JADI AGENDA UFO UNTUK HURU-HARAKAN MAKHLUK DI BUMI?

Seorang pemimpin sebuah parti politik yang berketurunan Al-Habshee hari ini membidas salah seorang pemimpin bersama BERSIH 3.0 kerana berdegil mahu mengadakan perhimpunan DUDUK BANTAH di Dataran Merdeka, dan menyifatkannya sebagai tidak mustahil menjadi tali barut asing yang membawa agenda untuk mengucar-kacirkan negara ini.

"Jika beliau benar-benar jujur, sepatutnya menerima cadangan kerajaan supaya perhimpunan diadakan di dalam stadium, bukannya di jalanan atau lokasi tumpuan umum," tegas beliau sebagaimana dilaporkan oleh portal berita Malaysiakini. 

Begitu senang sang pemimpin ini membuat kesimpulan, menuduh dan menanam kebencian di hati rakyat marhaen. Tidak perlu bukti, hanya sekadar persepsi minda sendiripun boleh membuat satu spekulasi yang bergitu berat terhadap seorang individu lain.

Sebelum itu muncul wajah seorang 'pejuang Islam' yang dengan begitu bersemangat menekankan soal haramnya menyokong pemimpin BERSIH 3.0 ini atas alasan HARAM menyokong seorang yang menyokong amalan seks songsang! (Apakah telah dibuktikan dakwaan ini?)

Nampaknya segala peluru dihalakan kepada individu ini saja, tidak kepada seorang lagi pemimpin, iaitu orang yang bergelar Sasterawan Negara! Kenapa ya?

Tuduhan menjadi tali-barut asing adalah senjata ampuh yang pernah digunakan pada zaman pra-internet dan zaman TV hitam putih dulu, dan rakyat marhaen menelannya bulat-bulat seumpama 'wahyu Ilahi' yang tidak boleh dipertikaikan lagi.

Rasanya sekadar menuduh menjadi tali barut asing sudah hilang gempaqnya, lebih baik tuduh saja Ambiga menjadi tali-barut UFO untuk mengucar-kacirkan penduduk dunia. Barulah hebat, dan mendapat sokongan bukan saja makhluk di Malaysia, malahan seluruh makhluk di bumi ini!

EPISOD SUSPEN DALAM DRAMA HUBUNGAN CINTA PEMIMPIN NEGARA DAN SANG ARTIS

Drama hubungan seorang artis kategori suam-suam kuku dengan seorang pemimpin kanan sebuah parti politik yang juga seorang pemimpin sebuah negara yang terburai sejak seminggu yang lalu kini kelihatannya semakin memasuki episod-episod yang menarik dan suspen. Penafian kedua-dua makhluk yang memegang peran utama dalam cerita cinta yang bersegi ini juga kelihatannya tidak memberi apa-apa kesan terhadap persepsi rakyat marhaen.

Maklumat sosek-sosek yang diterima pula kelihatannya begitu meyakinkan kerana melibatkan watak-watak tempelan yang terlibat secara langsung dalam plot soap-opera ini. Mereka mengesahkan bahawa Sang Laila dan Majnun tersebut telahpun bernikah nun diseberang, di negeri antah-berantah! Menarik, tetapi bukan itu yang menjadi persoalannya. Persoalan yang belum terjawab dan menjadi bualan serta igauan rakyat marhaen di bawah adalah dari mana datangnya RM yang berlambak-lambak, yang melatari plot soap-opera tersebut!

Cerita lanjut drama cinta bersegi ini boleh di baca DI SINI:

Rabu, 25 April 2012

KALAULAH P. RAMLEE CIPTA LAGU TU SEKARANG ....

ALLAHYARHAM TAN SRI P.RAMLEE

Cuba perhatikan petikan lirik lagu 'Merak Kayangan' hasil karya Allahyarham Tan Sri P. Ramlee:

..... BETA umpama gagak dirimba,
tak sepadan tak sebaya
ingin masuk ke syurga, bertemu jelita ...

Cuba pula perhatikan lirik lagu ini, juga hasil karya Allahyarham Tan Sri P. Ramlee:

Tidurlah wahai PERMAISURI,
Tidurlah ... pejam mata ...

Begitu juga dengan lagu 'Kau Mawarku':

Kau teruna, rangkai nyawa
Lampu hati BETA ....

Bayangkan, kalaulah lagu-lagu tersebut dicipta pada masa ini, tambahan pula dicipta oleh para penyokong PR! Sudah pastilah akan gegak gempitalah seantero dunia Melayu dek pekikan hebat para hulubalang dari Perkasa, JATI, Pekida dan sebagainya, dan sudah tentu tidak ketinggalan para mamak Pulau Pinang yang terlebih Melayunya.

Dan mungkin juga tidak ketinggalan para cendekiawan Melayu seperti Kamaruddin Kachar akan bertempik di kaca TV3, mana boleh rakyat biasa guna perkataan-perkataan tersebut! Ini merupakan satu penghinaan terhadap institusi raja-raja Melayu!

KELAKUAN PUAK-PUAK KURANG CERDIK DIPAMERKAN!



Lihatlah betapa BODOHnya puak-puak ni ..... nak marahpun tak guna, sebab dia memangnya spesis yang sebegitu..... spesis kurang cerdik!

KALAU AKU TAHU TEKSI AHLI PETEKMA, MAMPUS AKU TAK NAIK!


Menurut kata Timbalan Presiden Pertubuhan Pemandu dan Pengusaha Teksi/Limosin dan Kereta Sewa Malaysia (Petekma), Mohd Syahrir Abdul Aziz berkata Bersih 3.0 patut menerima tawaran kerajaan tersebut... dan Pemandu teksi sedia mengangkut peserta perhimpunan BERSIH 3.0 dengan syarat pihak penganjurnya menerima tawaran kerajaan supaya mengadakan perhimpunan itu di dalam stadium bagi mengelak keadaan menjadi huru hara.

Katanya lagi "mereka boleh mengadakannya di dalam stadium selama mana yang mereka mahu tetapi bukan di jalanan kerana ia menyukarkan pemandu teksi mencari rezeki... jika mereka tidak ada pengangkutan kita boleh guna teksi untuk bawa mereka ke stadium... kita pun boleh dapat sedikit... betul... pengalaman lalu telah mengajar pemandu teksi bahawa Dataran Merdeka bukan tempat yang sesuai untuk tujuan tersebut.. kami tidak bersetuju dengan penggunaan Dataran Merdeka kerana jika jalan disekat keadaan akan menjadi kelam-kabut".

Tambah nya "Kanister gas pemedih mata dan meriam air akan ditembak ke sana sini dan ia akan menjejaskan pendapatan harian mereka... 36,000 pemadu teksi dan limosin di Lembah Klang akan terjejas akibat perhimpunan tersebut... Seorang pemandu teksi bajet boleh mendapat antara RM60 dan RM70 sehari... dan berharap pihak berkuasa akan memastikan perhimpunan BERSIH tidak diadakan di jalanan" demikian selepas membuat laporan polis terhadap Penganjuran BERSIH 3.0 di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Terlalu lemah alasan yang digunakan oleh Timbalan Presiden Pertubuhan Pemandu dan Pengusaha Teksi/Limosin dan Kereta Sewa Malaysia (Petekma), Mohd Syahrir Abdul Aziz ni... sepatutnya beliau buat laporan supaya pihak Polis membenarkan Perhimpunan BERSIH 3.0 tersebut dan suruh pihak Polis jangan ganggu selagi ianya tidak mengganggu gugat keselamatan Negara... jangan bagi pihak Polis tembak Kanister Gas Pemedih Mata dan Meriam Air... baru lah keadaan tidak huru hara.

Kalau setakat lu orang nak hantar pergi stadium dengan mengenakan tambang baik jangan cakap... sebab rakyat nak jimatkan belanja lah orang nak gunakan Dataran Merdeka... baik lu orang cakap Petekma akan Tanggung segala sewa Stadium dan pengangkutan peserta BERSIH 3.0... kan lagi selera Penganjur BERSIH 3.0 dengar... ini setakat nak hantar lepas tu kenakan tambang apa barang lah lu beb... lain kali bila ada acara kat Kuala Lumpur yang terpaksa jalaraya ditutup... lu orang jangan lupa buat laporan polis ok... seperti acara Berbaisikal dengan Pemuda Barisan Nasional atau perkara yang melibatkan Umno/Bn.


hemmmmm..... lu orang tanya sikit timbalan presiden petekma ni... dia ketua cawangan umno mana... atau pun mana menteri dia jadi penchacai... kena bagi tahu kat pemandu-pemandu teksi yang mengundi beliau sebagai timbalan petekma... lu orang silap banyak beb... sama silap nya dengan orang yang undi umno/bn selama 54 tahun, kah kah kah... umno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee... A B U.

sumber : Mat Indera Sipejuang

SUARA BERSIH-DATO' A.SAMAD SAID

Selasa, 24 April 2012

THE BERSIH SONG: TEARS OF MALAYSIA




Andrew Ong
3:53PM Apr 24, 2012
Pada mulanya, ketika bilik berita kami dipertontonkan dengan video muzik yang dihasilkan bagi menyokong BERSIH 3.0, sebahagian kakitangan merasakan ia agak membingungkan.

"Ia tidak cukup sebagai video propaganda," kata seseorang, manakala seorang lagi melihatnya tidak cukup sebagai "lagu rasmi" bagi mengiklankan perhimpunan itu.

Bagaimanapun, lagu lima minit 26 saat berjudul "Tears of Malaysia" (air mata Malaysia) yang diluncurkan pagi semalam ditonton lebih 22,000 orang tidak sampai 24 jam.

Penerbit muzik daripada Johor yang kurang dikenali itu Michelle Hoo asalnya menggubah lagu itu tahun lalu untuk orang tersayang, lama sebelum BERSIH 3.0 terilham.

Gadis yang terikat di rumah ekoran penyakit lumpuh ayahnya, menulis lagu itu akibat kecewa tidak dapat menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 Julai tahun lalu.

"Semua orang menyumbang dengan cara masing-masing. Saya boleh menggubah lagu. Saya boleh menyumbang walaupun dengan berada di rumah," kata penerbit yang pertama kali menghasilkan video itu.

dari: Malaysiakini

How to get your blog noticed by tapping into the 80%

How to get your blog noticed by tapping into the 80%

Isnin, 23 April 2012

LIMA HARI MENJELANG BERSIH 3.0


Kenyataan Media

23 April 2012.

5 hari menjelang BERSIH 3.0 : fokus Dataran Merdeka, Aziz harus letak jawatan

1. SAMM telah selesai siri jelajah seluruh semenanjung Malaysia bertemu secara terus dengan aktivis SAMM akar umbi serta aktivis organisasi sekutu jadual terakhir atas nama Jelajah Anak Muda (SAMM) - Bersih 3.0 yang terakhir akan diadakan di Jalan Berserah, Kuantan pada 26 April ini. Dalam siri jelajah ini ternyata sambutan rakyat dan respon agak luar biasa. Contohnya di Pontian (kampung Ketua Penerangan Umno Pusat) tanpa nama besar tetapi telah berjaya menarik lebih 2000 orang tempatan untuk hadir bersama. Program jelajah SAMM punya 3 elemen penting iaitu pertemuan tertutup, edaran risalah dan Ceramah umum. Hasil positif dan memberansangkan setakat ini membayangkan lautan manusia hadir bersama pada 28 April 2012. Pertemuan tertutup bukan sekadar dengan anggota SAMM tetapi ada beberapa peringkat pertemuan turut melibatkan rakan - rakan organisasi sekutu ke arah memaksimakan mobilisasi ke BERSIH 3.0 . Himpunan Ceramah umum Jelajah SAMM - BERSIH 3.0 mendapat sambutan hebat di perbagai tempat kehadiran antara 1000 - 5000 orang.

2. PRU akan datang akan menjadi PRU paling kotor dalam sejarah, perbagai penipuan telah didedahkan. Ternyata SPR akan memainkan peranan jahat selaku pengendali pilihanraya yang pincang dan berat sebelah. Untuk itu tuntutan SAMM sebelum PRU ialah bersihkan senarai pemilih dan proses menangani kepincangan SPR ini harus bermula dengan desakan Tan Sri Dato' Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof harus meletakan jawatan. Ternyata dalam banyak perkara beliau dan beberapa anggota SPR bermain politik, jika mereka ingin jadi orang politik maka dicabar letak saja jawatan dan jadi calon Bn di mana - mana saja pasti ada rakyat yang bersedia berdepan dengannya dalam sistem demokrasi secara anak jantan.

3. SAMM dengan ini mengajak seluruh rakyat Malaysia khususnya anak muda untuk berada di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur 28 April 2012, bermula jam 2 petang bagi menunjukkan kuasa rakyat dalam memberikan tekanan pemulihan proses pilihanraya dengan membersihkan senarai pemilih. Telah diumumkan juga beberapa lokasi lain perhimpunan namun bagi SAMM dalam negara seharusnya di Malaysia mobilisasi ditumpukan ke dataran Merdeka sahaja kecuali Sarawak di Kuching dan Sabah di Kota Kinabalu. Ini kerana jika bertumpu kepada Dataran Merdeka sahaja maka tumpuan kekuatan rakyat boleh difokuskan dan tidak memustahilkan sasaran BERSIH 3.0 seramai 500,000 orang.

4. Himpunan kali ini perlu dilihat dengan serius dan perlu disertai semua. Sikap SPR dan ditambah dengan beberapa pindaan mengarut kononya atas nama reformasi proses PRU akan melengkapkan lagi penipuan bagi memenangkan regim penguasa. 28 April semua wajib turun. SAMM berpendapat jika PRU dilakukan dengan kendalian pasukan SPR yang sama serta tanpa pembersihan senarai pemilih maka PR akan hilang kerusi malah negeri yang ditadbirnya. Kerana itu Yang Berhormat - yang berhormat perlu lebih serius , jika angka tidak menjangkau ratusan ribu berkumpul maka bersedialah untuk membawa kotak ke pejabat masing - masing dan mula bungkus barang, anda semua akan kalah bukan kerana tidak mendapat sokongan tetapi akan ditipu dalam proses PRU pincang. Maka semua YB-YB (bukan Bn) kini kamu semua tidak ada selain bersama dalam menggerakkan penyokong turut sama ke Dataran Merdeka. Setiap YB wajib membawa sekurang kurangnya 1000 orang ke Dataran Merdeka 28 April nanti. Jangan nanti lepas PRU baru nak merengek persoalan ditipu SPR, sekarang ini gembeleng tenaga ke jalan raya sebelum pilihanraya.

5. Respon kepada halangan DBKL, SAMM menyeru supaya diabaikan respon mengarut tersebut. Ramai pasti tertawa dengan alasan Dataran Merdeka bukan tempat berhimpun dan hanya untuk aktiviti peringkat nasional. DBKL keliru atau sengaja ingin mengelirukan tidak pasti kerana sambutan kemerdekaan dan lain - lain itukan perhimpunan di lokasi sama dan BERSIH bukan sekadar acara peringkat nasional tetapi internasional kerana turut diadakan himpunan di puluhan bandar lain seluruh dunia serentak dengan maksud yang sama. SAMM bersimpati dengan DBKL yang diperkuda regim penguasa. Semua harus sedar DBKL hanyalah sebahagian dari aparat regim yang diperkudakan untuk regim yang menguasai negara dengan pilihanraya pincang ini untuk terus kekal kuasa. SAMM menggesa, hanya ada satu himpunan BERSIH 3.0 iaitu di Dataran Merdeka sesuai dengan nama dan semangat lokasi tersebut dan tidak perlu perubahan.

6. Regim sudah banyak belajar dari beberapa siri kebangkitan kecil rakyat dalam negara sebelum ini. Kali ini nampaknya pihak penguasa akan diarahkan supaya bertindak selembut mungkin, media dilarang memberikan publisiti termasuk mengutuk himpunan BERSIH. Oleh kerana Najib terpaksa untuk mengadakan PRU dalam masa terdekat maka semua agensi terpaksa bertindak lembut untuk membolehkan PRU pincang berjalan juga sekitar sebulan dua ini. Kesempatan ini harus diambil sepenuhnya oleh rakyat untuk turun seramai mungkin meraikan Himpunan BERSIH 3.0 bagi menunjukkan betapa rakyat menuntut hak untuk punya pilihanraya bebas, bersih dan adil. Jika jumlahnya besar pasti regim penguasa terpaksa sedikit beransur dan mengubah beberapa perkara dalam pengendalian PRU tetapi jika kurang regim akan segera membuat PRU dalam keadaan penuh penipuan.

7. Tuntutan rakyat kali jelas, kepincangan PRU harus segera diperbetulkan, senarai pemilih dibersihkan dan ia harus dimulakan dengan pemecatan Aziz selaku ketua SPR kerana dia memainkan peranan ke arah mempersiapkan proses PRU dan daftar pemilih kotor. Tuntutan jelas dan harus ditunaikan. SAMM tidak menolak kemungkinan puluhan ribu rakyat akan terus duduk dan berkhemah di Kuala Lumpur sehingga tuntutan dipenuhi.

8. Semua termasuk polis juga harus tenang, SAMM masih menyokong pendirian sebarang pertukaran kerajaan harus berlaku dalam proses pilihanraya untuk kestabilan dan masa depan negara. Namun rakyat diseru turun beramai - ramai kali ini adalah untuk menuntut supaya proses pilihanraya dibersihkan. SAMM sendiri sedia menurunkan 200 marshal terlatih dan berpengalaman dalam mengendalikan perbagai demonstrasi termasuk 2 himpunan BERSIH yang lepas di mana SAMM antara yang memainkan peranan utama.

9. Kejayaan BERSIH 2007 memberikan tekanan kepada SPR sehingga penipuan dikurangkan dan membuahkan keputusan seperti 2008. BERSIH 2.0 pula telah membangkitkan tekanan dalam dan luar negara menyebabkan Najib terpaksa menubuhkan jawatankuasa khas parlimen bagi membetulkan proses pilihanraya. Dengan tertubuhnya jawatankuasa tersebut maka secara lansung Najib mengakui sememangnya proses pilihanraya negara ada kepincangan. Namun malangnya sudahlah peranan wakil bukan Bn dinafikan untuk punya laporan hasil kerja mereka, malah pengakuan kepincangan tidak ada satu ditangani dengan pindaan undang - undang pilihanraya yang diluluskan baru - baru ini. Rakyat perlu bangkit melawan penipuan ini.

28 April 2012, 2 petang, Dataran Merdeka ........... Sekali lagi diingatkan SAMM tidak menolak kemungkinan akan ada ribuan rakyat akan duduk paling tidak sehingga tuntutan Pengerusi SPR letak jawatan.


Sekian.



che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia
www.anakmudamalaysia.com

Jumaat, 20 April 2012

SENIMAN PAKSI RAKYAT vs KARYAWAN OPORTUNISME

Perhimpunan seniman dan budayawan daripada pelbagai genre, yang kebetulan terdiri daripada mereka yang terlibat dengan gerakan reformasi sejak 1998, telah diadakan di Kota Anggerik, Shah Alam. Mereka menamakan diri sebagai SENIMAN PAKSI RAKYAT (PAKSI).

Agenda pertemuan pada 6-7 Jun itu, adalah untuk berbincang kerangka kebudayaan dan kesusasteraan yang bakal dikemukakan kepada kerajaan Pakatan Rakyat. Kerangka ini adalah cetusan idea seniman dan budayawan yang tidak senang dengan budaya benturan Mahathirisme yang telah bertapak sejak 1980-an.

Oportunisme adalah budaya lama orde Mahathir. Pengamal budaya ini merupakan seniman dan budayawan yang dapat dibeli sekaligus memenjarakan hati nurani mereka untuk memcipta karya yang berpaksikan isu-isu rakyat. Demi kerakusan dan mata duitan, golongan ini telah berlumba-lumba membuncitkan perut sendiri tetapi membutakan mata hati terhadap isu-isu keadilan sosial, kebejatan politik, ketidakseimbangan ekonomi serta rasuah yang berleluasa. Walaupun hal ini berlanggar dengan batang hidung, tetapi tetap tak nampak melainkan karya-karya ampu mengampu.

Bertitik tolak daripada sikap hipokrit inilah, sekitar 40 orang terlibat dalam perhimpunan ini dan dikemudikan oleh Dinsman. Turut serta termasuklah Razali Endon, Zunar, Nasir Jani, Ainon Mohamad, Pyanhabib, Rahmat Haron, Ito, Hishamudin Rais, Amir Mohamad( sekadar menyebut beberapa nama).
Maka lahirlah sebuah manifesto PAKSI yang menawarkan ikrar serta tawaran budaya kepada seniman yang berkarya dari rakyat kepada rakyat untuk rakyat. Manisfesto yang mirip kepada semangat kesusasteraan ASAS 50.

Dengan itu juga, perhimpunan bersetuju menggariskan perkara berikut:

Kami di persidangan 6 dan 7 Jun lalu memanggil diri kami Seniman Paksi Rakyat (PAKSI). Kami adalah sebahagian dari rakyat yang telah dijajah, diperbodoh, diperhamba dan dinafikan hak kami sebagai seniman untuk menggarap karya-karya yang mengangkat keadilan, kebenaran, kerohanian, kesejahteraan dan kemanusiaan.

Kami 'Seniman Paksi Rakyat' bertekad untuk menggarap dan merayakan karya-karya seni yang membebaskan minda dan jiwa rakyat yang terkongkong sejak sekian lama. Sekaligus menyokong semua bentuk perjuangan rakyat yang merentasi batas-batas kaum dan agama, mendukung kebenaran, menegakkan keadilan sosial dan menentang segala bentuk penindasan.


Silalah sesiapa yang percaya kepada Manifesto PAKSI berjanji bersama-sama berjuang dengan jalan budaya dan kesenian menolak budaya lama Mahathirisme, UMNO dan BN.

Rakaman Rasa Ugak Belian at 6/20/2008 11:59:00 PM

FFF2012 – RIGHT TO ASSEMBLE


RADIO BANGSAR UTAMA (RABU) DILANCAR



RABU : SEJARAH PERJUANGAN MEDIA

tanpa heboh heboh
tanpa potong riben
tanpa bunga manggar

kelamrin jam 9.30 malam,
18/4/2012
sepuluh hari sebelum bersih
radio bangsar utama telah dilancarkan
dari datarn merdeka
di sebelah khemah anak anak muda
yang sedang berjuang menuntut penghapuskan huitan ptptn

setiap malam dari jam 9.00 - 10.00
radio bangsar utama atau RABU
akan dapat di dengar di intet
alamat radio ini:

radiobangsarutama.blogspot.com

warga
pendengar dan penyokong demokrasi
sila beri sokongan

sesiapa sahaja
dari mana sahaja
anak semua bangsa
yang ada program melawan
dan ingin di iklankan
sila hubungi RABU di:

radiobangsarutama@gmail.com

MALAM INI DI RABU
malam ini jam 9.00
rabu akan berkumandang lagi
malam ini temu bual dengan anak muda
untuk mendengar kesah serangan ke atas mereka

sila layari

cilok dari: Blog Tukar Tiub

Khamis, 19 April 2012

SAJAK 'BERMULANYA DETIK PERJUANGAN' MEMBAKAR SEMANGAT KU

BERMULANYA DETIK PERJUANGAN
Oleh Majid Salleh

Pada akhir-akhir tahun 1945
tahun empire Jepun menyerah kalah
detik jajahan Jepun hancur musnah
detik ‘ohayo gozaimas’ mula dilupakan
diganti semula dengan ‘good morning’

Pada saat-saat itulah juga awal mula pertama mula
bangsa Melayu mengukir sejarah
sejarah yang tak kunjung padam
sejarah perjuangan menuntut kemerdekaan
menerusi sebuah pertubuhan parti politik

PKMM nama badannya
Parti Kebangsaan Melayu Malaya nama penuhnya
Malay Nationalist Party nama Inggerisnya
ditubuhkan di Ipoh, Perak

Para penajanya terdiri dari budak-budak
nakal belaka
budak-budak yang berumur di bawah 30 tahun
budak-budak yang tidak punya apa-apa kelulusan

Di antara budak-budak penajanya
Ahmad Boestamam dari Behrang, Tanjung Malim, Perak
Baharuddin Tahir dari Kuala Kangsar, Perak
Mokhtaruddin Lasso dari Bidor, Perak
Abdullah CD dari Lambor, Perak
Dahari Ali dari Sungai Raya, Kampung Kepayang, Perak
Swito dari Ayer Kuning, Kampar, Perak
Arshad Ashaari dari Bidor, Perak
Musa Ahmad dari Pengkalan Baru Gopeng, Perak
Rahman Rahim dari Tanjung Rambutan, Perak
Dan… dan… ramai lagi

Pada awal tahun 1946 datang Dr. Burhanuddin
datang Ishak Hj. Muhammad (Pak Sako) sekarang doktor
datang Shamsuddin Salleh, penulis dan pengarang
datang Cikgu Harun Aminurrashid
dan datang… datang mencurah-curah

PKMM tertubuh di seluruh pelusuk tanah air
dari Timur ke Barat dan
dari Utara ke Selatan hingga ke Singapura

Puak-puak yang mula-mula menerima
ialah rakyat jembel, orang-orang kampung
orang-orang buta huruf, rakyat jelata
rakyat tertindas, rakyat miskin

Orang-orang kaya jangan diharap
apa lagi orang berpangkat
orang-orang mengerat jauh sekali

Ayuh berjuang! Seru pemimpin
Maju sekarang! Sahut pengikut


Sumber: 'Memoir Abdul Majid Salleh dalam PKMM dan Kesatuan Buruh' Penerbit UKM, 2004

LAGU BERSIH 3.0 - MENTARI KUNING MENYALAH OLEH BLACK

MEMAHAMI PERISTIWA DUNIA SECARA JENAKA

Andai mahu memahami semua peristiwa yang berlaku sejak dua dekad lepas dan membentuk dunia hari ini secara jenaka, novel The Merchant King karya wartawan India, Shakir Hussain adalah pilihan terbaik.

Buku ini yang mencerminkan kehidupannya sebagai wartawan selama 14 tahun di Emiriyah Arab Bersatu (UAE), merakam peristiwa besar dunia sejak pembebasan Nelson Mandela yang dipenjarakan selama 27 tahun sehingga krisis kewangan global baru-baru ini.

Ketika di UAE, Shakir berkerja untuk Yahoo, Gulf News dan The Gulf Today selain pemberita sambilan Bernama.

Dalam temu bual dengan Bernama di New Delhi, Shakir berkata beliau mengambil masa empat tahun untuk menyiapkan buku itu dengan sebahagian besar masa dihabiskan bagi membentuk watak, peranan mereka dan mengaitkannya dengan isu tertentu dunia tanpa merujuk secara spesifik.

Kisah bermula dengan seorang putera raja bercita-cita tinggi bernama Saqr dari sebuah negara dikenali Balad (bahasa Arab yang secara harfiah bermakna negara), yang belajar di London dan berhasrat kembali untuk memodenkan negaranya di sebuah rantau yang tidak ditentukan sama ada Afrika atau Asia.

Seperti nama negara, pelbagai akronim melucukan ditemui dalam buku itu antaranya sistem keselamatan dalam negeri "Management of Armed Defence, National Emergencies and State Security " atau "MADNESS" (kegilaan) dan syarikat minyak "Big Oil and Gas Upstream Services" atau 'Bogus' (palsu), serta bank "Big Bucks and Borrow & Spend".

Buku itu dipenuhi jenaka yang membuatkan pembaca terhibur dan pada masa yang sama turut mengutarakan cabaran yang dihadapi dunia.

"Kita semua hidup dalam keadaan itu...fahaman ketenteraan, perkauman, pemerintahan kuku besi dan manipulasi yang berterusan. Ini adalah kisah yang kita lihat setiap hari," katanya.

Sekalipun pembaca dapat mengaitkan senario di dalam buku dengan kejadian sebenar, namun tidak ada hubungan langsung kepada personaliti atau negara tertentu, kata Shakir.

Merupakan peminat bekas perdana menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau turut memasukkan isu seperti globalisasi dan perang mata wang di dalam bukunya.

"Dr Mahathir sering berkata globalisasi tidak wajar sekadar mengenai pergerakan modal semata-mata, jika anda percaya dengan globalisasi sebenar orang ramai sepatutnya dapat bergerak bebas...di sesetengah negara ada halangan namun bercakap mengenai globalisasi," katanya dan menambah perkara itu turut digambarkan di dalam buku tersebut.

Shakir yang sedang mencari penerbit di luar India, berasakan semua lapisan masyarakat akan terhibur dengan buku tersebut berdasarkan jalan ceritanya sahaja, namun bagi yang berminat dengan politik, "mereka akan benar-benar menyukainya".

- Bernama

UBAH - LAGU TEMA KEMPEN DAP UNTUK PRU 13 (VIDEO)

PAKATAN ANJUR 'KONSERT POLITIK' UBAH

Oleh:Nicholas Wong, Malaysiakini

4:17PM Apr 18, 2012
Untuk satu malam sahaja, pemimpin Pakatan Rakyat naik ke pentas bukan untuk berceramah, tetapi menyanyi dalam "konsert politik" seumpamanya yang dipercayai julung-julung kalinya berlangsung.

Bangunan bersejarah Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur di ibu kota berubah menjadi pentas konsert malam tadi yang menampilkan lagu kempen baru berjudul "Ubah".

Pemimpin gabungan pembangkang mengumandangkan lagu ketika video muzik dimainkan di samping lambaian 700 orang dengan 'rod cahaya' di tangan. Manakala kira-kira seribu orang lagi menontonnya di Internet.

Majlis berjudul "Malam Ubah" itu dihadiri Setiausaha Agung DAP Lim Kit Siang, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar (kanan) dan anggota parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Untuk menghadiri pilihan raya umum akan datang, Pakatan secara agresif menggunakan pelbagai cara termasuk penerbitan video muzik, penggunaan jaringan sosial dan saluran perkongsian video Youtube.

DAP sebelum ini memperkenalkan maskot "Ubah" berupa burung berwarna merah dengan logo parti itu dalam pilihan raya umum Sarawak.

Rabu, 18 April 2012

PEMANDU ARTIS DEDAH SKANDAL MELIBATKAN MENTERI?

Pemandu peribadi pelakon terkenal, Zahida Rafik mendedahkan skandal Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Shafie Apdal dalam satu laporan polis pada 13 Mac lalu.

Noor Azman Azemi, 38, yang bekerja sebagai pemandu peribadi Zahida sejak tiga tahun lalu mendedahkan skandal itu dalam laporan polis terhadap Zahida yang menuduhnya melarikan wang RM200,000 milik Zahida.

Tuduhan Zahida terhadap Noor Azman itu pernah dilaporkan sebuah akhbar pada 3 Mac lalu.
Menceritakan dalam laporan itu, Noor Azman berkata, ketika berada di rumahnya di Flat PKNS Ampang, beliau didatangi (tidak dinyatakan tarikh) beberapa orang termasuk dua orang yang memperkenalkan diri mereka sebagai anggota polis yang bernama Hafiz dan Raj.

“Saya diminta Datuk Shafie Apdhal untuk bekerja sebagai pemandu peribadi kepada Zahida untuk memastikan gerak-geri Zahida dapat dipantau. Datuk Shafie dan Zahida mempunyai hubungan intim antara satu sama lain.

“Sayalah antara orang kepercayaan yang dipercayai. Walaubagaimanapun saya diminta Datuk untuk melaporkan segala langkah Zahida kepada Datuk.

“Datuk akan berjumpa dengan Zahida (saya akan memandu dan berurus dengan pemandu Datuk Shafie) secara rahsia di mana-mana hotel sekitar Kuala Lumpur setiap minggu. Pada setiap kali perjumpaan itu Datuk akan menyerahkan wang tunai antara RM100,000 hingga RM200,000.

“Wang tunai tersebut kemudiaanya akan dibawa ke bank oleh saya dan Zahida untuk dimasukkan ke dalam akaun Maybank Zahida di Menara Perkeso Jalan Ampang.

“Pada tarikh 29 Februari 2012, saya tidak diberi apa-apa wang secara tunai dan secara biasa saya tidak pernah diberi wang tunai jumlah besar untuk dimasukkan ke dalam bank tanpa ditemani Zahida.

“Saya hanya dibayar jumlah RM25,693 untuk pembayaran ansuran dua buah kereta mewah dan sebuah banglo di Bukit Indah kepunyaan Zahida,” katanya dipetik dalam laporan polis yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin di lobi Parlimen hari ini.
Zuraida seterusnya berkata, berdasarkan siasatan yang dilakukannya terdapat beberapa transaksi yang dilakukan menteri itu kepada Zahida di antara Oktober 2011 hingga Januari 2012.

“Pada bulan Oktober 2011 sahaja ada dua transaksi iaitu RM36,000 dan RM26,000. Maknanya pada bulan itu sebanyak RM58,000 tunai yang diambil Noor Azman untuk dimasukkan ke dalam akaun Zahida Rafik.

“Pada November 2011 pula terdapat RM118,000 dan pada Disember pula terdapat RM333,000. Pada Januari 2012 RM510,000. Kalau saya jumlahkan kesemuanya ia lebih kurang RM1.4 juta dalam masa empat bulan menteri itu berikan tunai kepada Zahida Rafik,” katanya.

Selain itu, Zuraida mendedahkan Zahida mempunyai sebuah kereta mewah jenis BMW 6 Series, Porshe, Toyota Harrier dan juga rumah bernilai RM2.9 juta. Zuraida kemudiannya mempersoalkan bagaimana menteri itu memperolehi wang tunai sebanyak itu.

“Sebagai menteri beliau bertanggung jawab kepada rakyat Malaysia untuk menjelaskan dari mana sumber wang itu diperolehi untuk diberikan kepada Zahida,” katanya.

Pada 3 Mac lalu, akhbar melaporkan Pelakon Zahida Rafik kerugian RM200,000 dilarikan pemandunya selepas diarah memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun banknya.
Pelakon kacukan Melayu-Pakistan itu turut menjadi bahan bualan di laman blog beberapa tahun lalu apabila digosipkan berkahwin dengan Shafie di luar negara.

TIDURLAH DI DATARAN MERDEKA DENGAN MIMPI INDAH - PAK SAMAD SAID

Tidak cukup tidur sahaja, tetapi mimpilah yang indah-indah, begitu pesan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said kepada mahasiswa yang 'berkhemah' di Dataran Merdeka bagi menuntut pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sejak lima hari lalu.

Sasterawan berusia 77 tahun itu menyatakan "inilah masanya untuk mereka membetulkan demokrasi".

"Saya menghadiahkan dua beg tidur kepada mereka sebagai simbolik supaya mereka tidur di Dataran Merdeka dan bermimpi yang indah-indah.

"Mimpilah sesuatu yang indah di hadapan, jangan tidur sahaja. Tidur sahaja tidak membawa apa-apa. Tidur dan mimpilah yang indah-indah dan laksanakan mimpi kita itu," katanya.

A Samad sebelum ini juga mendermakan beg tidur dimilikinya sewaktu menunaikan haji dan turut mengambil kesempatan memberikan kuliah berhubung penulisan puisi di situ.

Tokoh yang lebih mesra dengan panggilan 'Pak Samad' turut merayu supaya anak muda dan mahasiswa menyempurnakan apa yang cita-citakannya bagi menjadikan negara ini "tidak dijajah oleh kuasa yang menyakitkan".

"Orang marah bila saya berkata yang memerintah (negara ini) adalah kelompok bangsawan. Tetapi itulah sebenarnya (yang berlaku)... Kenapa dalam tempoh 54 tahun, bangsawan yang harus memerintah," katanya.

Anak Ghabar Baba sertai ceramah

Berucap dengan bahasa penuh sasterawi, A Samad berkata berkata, sekiranya terdapat pihak yang cuba merosakkan khemah mereka, beliau yakin akan ada kelompok akan menggantikan khemah tersebut.

Tindakan tersebut, tambahnya, hanya untuk menakut-nakutkan mahasiswa dan anak muda yang telah berkampung di Dataran Merdeka sejak Sabtu lalu.

Beliau juga mengulangi seruan supaya semua sasterawan lain "berada di tengah-tengah rakyat" seperti yang dilakukannya sekarang.

Sementara itu, keadaan Kelab Sultan Sulaiman (KSS) di ibu negara becak kerana hujan lewat petang tidak menghalang kira-kira 2,000 hadirin menghadiri ceramah pengiraan detik 10 hari menjelang perhimpunan BERSIH 3.0, malam tadi.

Ia turut dikejutkan dengan kehadiran bekas menteri Umno Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir dan anak bekas timbalan perdana menteri Tun Ghafar Baba - Tamrin - yang berucap menyeru semua pihak turun berhimpun ke perhimpunan di Dataran Merdeka pada 28 April.

Tamrin antaranya mendakwa terdapat pemberian kad pengenalan biru kepada warga asing sebagai usaha "menjual negara" semata-mata untuk mengekalkan kemenangan.

"Orang tua-tua kata, menang sorak kampung tergadai, kerana nak menang, sanggup jual negara.

"Oleh itu kamu adalah wira, yang tidak mahu negara terjual kepada orang-orang asing, berbanding pemimpin negara (ini)," kata Thamrin.

'Matahari Kuning, menyalalah'

Menghangatkan suasana, aktivis Hishamuddin Rais menyampai ucapan berapi-api 'menghasut' hadirin turun ke perhimpunan yang dilaporkan akan dibanjiri kira-kira 500,000 orang.

"Zaman bercakap dalam mesyuarat, menghantar memorandum sudah tamat. Sudah tiba masanya kita turun ke jalan raya sebelum pilihan raya," katanya yang mendapatkan sorakan dan tepukan gemuruh hadirin.

Sementara itu, Annie Ooi yang lebih dikenali sebagai "Makcik BERSIH' pula naik ke pentas 'berduet' dengan Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat Dr Mariah Mahmud.

"Kita buat Najib pening, ya?" katanya sambil disambut jawapan "ya", gelak ketawa dan tepukan hadirin.

"Siapa takut dengan polis? Siapa takut dengan Umno? Siapa takut dengan DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur?" tanya Annie, warga emas popular dengan kehadirannya dalam perhimpunan BERSIH 2.0 sebelum ini.

Beliau juga kemudiannya melaung dan cuba mempopularkan slogan "kuning, kuning, Najib pening".

Ceramah itu juga turut diselang dengan petikan gitar dan nyanyian aktivis sosial Amin Iskandar yang menyampaikan lagu bertemakan perhimpunan BERSIH bertajuk "Matahari Kuning, Menyalalah" sambil diiringi tepukan hadirin mengikut rentak lagu.

SENIMAN RUSSIA MENGUBAH ALAM JADI GALERI

DINSMAN CADANG ANUGERAH SASTERAWAN RAKYAT

Penyair terkenal, Dinsman hari ini mencadangkan Pakatan Rakyat mewujudkan satu anugerah kepada golongan budayawan dan pecinta seni tanah air.

Dinsman mencadangkan anugerah itu yang dikenali sebagai Anugerah Sasterawan Rakyat diangkat setaraf dengan Anugerah Sasterawan Negara melalui pemberian wang tunai RM60 ribu sebagai hadiah, dan turut mencadangkan Allahyarham Azizi Abdullah yang merupakan novelis Malaysia yang terkenal sebagai penerima pertama anugerah itu.

“Seniman memohon kepada Pakatan Rakyat agar menganugerahkan anugerah ‘Sasterawan Rakyat’ kepada (Arwah) Azizi Abdullah,” kata Dinsman sewaktu berucap di Konvensyen Pakatan Rakyat kali ketiga di Alor Setar.

Azizi Abdullah telah menghasilkan 29 buah novel dan antaranya ialah ‘Garis Lentang Anak Haram’ (1968), Novel ‘Senja Belum Berakhir’ (1971) memaparkan perjuangan petani di sawah padi (satira perjuangan mendapatkan kemerdekaan negara). Beliau meninggal dunia sewaktu berumur 69 tahun 11 Ogos tahun lalu kerana komplikasi serangan kuman, kencing manis dan masalah buah pinggang.

Kehadiran Tuan Guru Datuk Nik Aziz bersama pimpinan di Konvensyen Pakatan Rakyat.
Selain itu, Dinsmas turut mempersoalkan hubungan dan persefahaman ahli politik dan budayawan yang meluaskan jurang antara mereka dan Pakatan Rakyat.

“Berapa ramai golongan budayawan yang sokong Pakatan? Tak lebih dari 10 peratus.
Ini kerana kebanyakan (budayawan) tidak faham akan maksud kebenaran,” katanya menempelak golongan budayawan yang bernaung di bawah Gapena (Gabungan Penulis Nasional), yang dilihat lebih gemar membodek pemerintah Umno BN.

Beliau turut menggesa agar Pakatan Rakyat menjalinkan hubungan baik dengan golongan budayawan bagi meraih sokongan mereka.

“(Ini kerana) sokongan kepada PR boleh dikira dengan jari kerana layanan Pakatan sendiri yang sibuk berpolitik,” katanya.

MANGGA DAH MACAM PLAYBOY?


Anda tengoklah sendiri majalah mangga ini. Lihatlah gaya artis yang tak cukup kain itu. Bukan mahram pula berpeluk-pelukan seperti suami isteri. Bukan itu sahaja, diselitkan pula kisah nabi di dalamnya. Tidakkah itu biadab dan kurang ajar? Sokong maksiat sokong kebaikan!!
Inilah majalah Playboy Malaysia yang merangsang nafsu syahwat anak-anak muda. Mana Hasan Ali yang nak bela Islam?


RUSUHAN SENI

Dalam sejarah perubahan tamadun dunia dan siasah tidak kira sama ada era perang dunia, revolusi atau reformasi- satu cabang yang turut dibawa bersama dalam sesebuah perjuangan sehingga meraih kemenangan ialah melalui "kesenian dan kebudayaan".

Ini kerana seni dan budaya merupakan makanan jiwa dan fitrah bagi manusia. Kelahiran manusia itu sendiri adalah suatu seni perjuangan. Berenangnya sperma mencari ovum adalah simbol sebuah perjuangan manakala pembentukan benih menjadi janin sehingga lahir sebagai manusia itu adalah sebuah karya seni hebat yang sangat menakjubkan. Persekitaran membentuk manusia mengamalkan cara hidup yang lama-kelamaan berkembang menjadi sebuah budaya. Justeru, untuk melaksanakan perubahan total dalam sesebuah daulah tidak dapat tidak harus menggabungjalinkan elemen seni dan kebudayaan sebagai salah satu agennya.

Kebobrokan sistem pemerintahan di Malaysia yang semakin parah mendorong rakyat bangkit berani untuk menuntut perubahan. Rakyat Malaysia masih menaruh kepercayaan perubahan itu mampu dilakukan di dalam pilihanraya maka sokongan mereka beralih kepada parti politik alternatif. Tuntutan perubahan ini juga turut melibatkan golongan seniman, karyawan ataupun selebriti dunia hiburan tanahair. Fenomena ini dapat dilihat jelas sejak akhir-akhir ini apabila golongan ini sudah berani tampil di atas pentas-pentas program anjuran Pakatan Rakyat. Ramai juga yang mengisytiharkan diri menyertai partai politik. Ini suatu perkembangan yang sangat baik. Kehadiran mereka yang memang mempunyai tarikan dan pengaruh kepada masyarakat sebelum ini seakan menjadi katalis untuk terus berjuang dan menjadi bonus untuk sesebuah partai politik meraih sokongan. Sayangnya penyertaan hangat mereka kemudiannya menjadi sejuk setelah beberapa ketika dan impaknya pula tidaklah mencetuskan sebuah gelombang. Ini kerana kebanyakan mereka yang menyertai Pakatan Rakyat mengambil langkah yang serupa dengan ahli politik yang sedia ada iaitu berceramah. Mereka kebanyakannya telah pun tidak aktif lagi berkarya dan sebahagiannya pula ketika berceramah lebih banyak menceritakan "kejahilan" mereka pada masa lalu sebelum "kembali ke pangkal jalan" menyertai parti politik Pakatan Rakyat.

Seni dan glamour dua benda berbeza. Seni itu suci. Rasulullah S.A.W berpesan kepada sahabatnya Hassan bin Tsabit sang penyair, "Musuh menyerang dengan busur dan panah. Seranglah mereka dengan syair-syair kamu". Mesej yang cuba disampaikan oleh Rasulullah ini jelas - bukanlah suatu dosa menjadi seniman malah bakat istimewa kurniaan Allah itu wajib digunakan sepenuhnya untuk memperjuangkan kebenaran. Yang salah dan sesat adalah silap seniman itu sendiri lantaran gagal dan hanyut dengan pujian seta sanjungan yang mengkhayalkan. Allah menjadikan manusia dengan sejuta keistimewaan dan dengan keistimewaan itulah ia wajib dimanfaatkan oleh insan yang dipertanggungjawabkan sebagai khalifah pentadbir alam. Seni adalah anugerah yang ajaib. Dalam sesebuah peperangan, lagu dan muzik akan dimainkan untuk menaikkan semangat. Malah ketika hari raya Idul Fitri di zaman Rasulullah, acara tarian pedang dipersembahkan sebagai sebuah persembahan kebudayaan. Rombongan hijrah Rasulullah ke Madinah juga telah disambut oleh penduduknya dengan nyanyian diiringi pukulan tabuh dan rebana. Begitulah pengaruh seni dan budaya di dalam kehidupan.

Seniman harus setapak lebih awal langkahnya daripada rakyat biasa. Naluri kesenimanannya harus lebih peka mengesan kepincangan persekitaran dan dengan bakat istimewa seniman itulah karya dihasilkan untuk menyedarkan rakyat. Kemunculan para artis di pentas politik untuk berceramah tidak membantu mengembangkan satu lagi jalur perjuangan. Mentelah pula kebanyakan artis ini sudah melewati zaman kegemilangan mereka dan peminat-peminat seangkatan mereka pula sudah lama menjadi "orang baik" iaitu sudah berkahwin, berkeluarga dan kurang keluar bersosial. Peminat-peminat mereka sudah lebih awal "kembali ke pangkal jalan" (mengikut istilah yang selalu mereka gunakan) sebelum mereka lagi. Artis-artis ini tidak perlu berceramah tetapi dirasakan akan lebih hebat jika mereka terus berkarya, mendidik masyarakat tentang seni yang sihat, menghasilkan lagu dan lirik yang mengajak manusia berjuang menegakkan kebenaran dan membenci kezaliman. Bukan tidak ada karya-karya mereka dahulu yang sebegitu tetapi sudah tentulah tidak disiarkan oleh media arus perdana yang lebih suka dengan hiburan kosong dan lembik. Kesempatan inilah yang harus diambil untuk mendekati rakan artis yang lain, yang lebih muda dan berpengaruh untuk menghayati apa yang cuba diperjuangkan.

Golongan artis yang beralih ke medan perjuangan ini harus membuka ruang dan membina acuan kesenian dan kebudayaan yang "baru" untuk rakyat Malaysia agar mereka sedar dan tidak menganggap dunia hiburan ini hanya penuh dengan glamour sahaja. Kumpulkan artis, seniman dan karyawan yang bersama mereka hari ini dan hasilkanlah karya yang jujur. Lagu, lukisan, filem, teater dan berbagai kegiatan seni harus diperbanyakkan dan diperluaskan. Seniman tidak semestinya menyertai partai politik. Ia akan jadi sempit. Karya yang akan lahir cakupannya akan jadi kecil. Mereka perlu meneroka ruang baru.

Lihatlah seniman dan karyawan yang konsisten sejak dahulu menghasilkan karya-karya melawan. Mereka tidak berceramah tetapi menghantar mesej perjuangan dengan seni kreatif. Hishamuddin Rais pernah menghasilkan teater "Tok Ampoo", "Tok Sloo", "Bilik Sulit" dan filem "Dari Jemapoh ke Manchestee". Amir Muhammad dan Fahmi Reza terus menghasilkan dokumentari dan filem pendek.

Malah Fahmi Reza seperti membuka ruang baru dengan pengikut tersendiri melalui acara Occupy Dataran - iaitu duduk santai berdiskusi di Dataran Merdeka sehingga mengundang resah pemerintah. Begitu juga Rahmat Haron, Buddhi Hekayat (Hasmi Hashim), Fared Ayam, Pyanhabib atau Dinsman dengan sajak-sajak mereka yang menyengat dan sinis. Black (Amin Iskandar) dan Nikjidan pernah menghasilkan album kritik sosial dan mereka naik ke pentas dengan gitar, turun berdemonstrasi sebagai seniman menyanyikan lagu-lagu perjuangan. Selain itu ada juga band Dum Dum Tak, Carburetor Dung ataupun Seni Suri Jawi yang menghasilkan lagu-lagu perjuangan mengikut genre mereka. Tidak perlu berceramah. Lagu, puisi, lukisan, filem dan teater juga ibarat api yang bisa meresap ke urat nadi membakar semangat.


Lihat saja bagaimana Sasterawan Negara A.Samad Said (gambar kiri) hari ini diangkat sebagai ikon perjuangan dan dihormati seluruh rakyat Malaysia berbagai lapisan kaum dan peringkat umur kerana "seni" yang dibawa oleh beliau. Pak Samad bukan politisi, beliau terus berpuisi di hadapan khalayak dan sangat yakin dengan peranannya sebagai seniman yang bertanggungjawab menyuluh jalan perjuangan kepada rakyat. Hari ini rakyat mula sedar dan menerima puisi sebagai satu senjata perjuangan.

Ini suatu dalil jelas bahawa seni mampu menggugat sebuah kerajaan yang zalim dan fahaman ini jika dibaja dan dibentuk dengan tersusun oleh gerakan seniman tidak mustahil kerajaan Barisan Nasional akan jatuh dengan lebih cepat. Mungkin agak keterlaluan untuk menyamakannya dengan gerakan Revolusi Kebudayaan cetusan Mao Zedong (tentulah konsepnya juga jauh amat berbeza) tetapi tidak salah kalau gerakan ini digelar "Rusuhan Seni".

*Ronasina dengan nama asalnya, Mohd Affandi Ramli adalah penulis, kartunis dan aktivis.

BOB KUMAN TERUJA DIZIARAHI PRESIDEN PAS


“Dapat juga saya jumpa Tok Guru,” kata Bob Kuman tatkala menerima kunjungan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di rumahnya di Seksyen 11, Kota Damansara, malam tadi.

Tuan Guru Abdul Hadi dan rombongan termasuk Nazir Masjid Kota Damansara menziarahi Bob selepas menyampaikan kuliah Maghrib di masjid berkenaan.

“Rupa Tok Guru macam arwah ayah saya,” kata Bob sayu sewaktu Tuan Guru memasuki biliknya di apartmen Salvia.

Bob atau nama sebenarnya, Husni Mohd Rawi memberithau arwah ayahnya telah mewakafkan sebuah rumah untuk dijadikan markas PAS di kampung di Negeri Sembilan.Beliau menunjukkan gambar arwah ayahnya kepada Tuan Guru yang disimpan di dalam laptopnya.

“Saya tak minta,” kata Bob sewaktu Ustaz Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menghulurkan sumbangan daripada ahli jemaah dan pihak masjid.

Walaupun kunjungan itu hanya seketika sahaja, namun Bob Kuman yang teruja dengan kehadiran Presiden PAS meminta supaya mendoakan agar kesihatannya bertambah baik.Ustaz Abdul Hadi menasihatkan Bob Kuman supaya banyak bersabar dengan musibah yang dihadapi itu.

Menurutnya, setiap musibah yang merupakan ujian daripada Allah itu akan menghapuskan dosa dan diberikan pahala di atas kesabaran menghadapinya.
Harakahdaily dalam laporan sebelum ini memetik tulisan dalam blog Mazidul Akmal Sidek, personaliti TV3 mengenai Bob Kuman.

Menurut blog itu, Bob kini amat memerlukan mesin dilengkapi tangki oksigen namun setakat ini tidak mampu untuk menyewa keperluan itu.

“Bang, sekarang ini saya hanya ada RM36 dalam akaun simpanan,” bisiknya kepada penulis blog itu.Bob kini sedang berada dalam keadaan lemah, tidak mampu bergerak, apatah lagi untuk keluar dari rumah.

Kepada pembaca yang ingin membantu Bob, sila hubungi Razali di talian 016-2315812 . Manakala akaun Bob (HUSNI MOHD RAWI, Maybank 112371007047)

sumber berita di sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...